Seorang rakyat Singapura menemui seekor ikan Stargazer yang terkenal dengan julukan ‘ikan paling hodoh di dunia’ di persisiran pantai negara tersebut.
Menurut Dennis Chan, ikan tersebut ditemui dengan mata terbeliak dan mulut terbuka seakan-akan ternampak ‘hantu’.
“Penemuan ini sangat jarang berlaku. Saya nampak ikan tersebut umpama membenam diri sendiri.
“Matanya pula terbeliak seakan-akan merenung bintang-bintang di langit.
“Spesies ini sama seperti ikan batu dan kala jengking di mana ia mungkin berbisa apabila disentuh dengan tangan,” katanya.
Artikel berkaitan: Kecoh Ikan Arowana Terlepas Dari Kolam Pecah, Pakar Agama Minta Pulangkan Kepada Pemilik Asal
Artikel berkaitan: Netizen Kembang Tekak Tengok Menu Air Boba Dicampur Dengan Ikan Goreng
Walaupun nampak hodoh, ikan Stargazer mempunyai bisanya yang tersendiri. Bisa tersebut tersorok pada dua duri yang terletak pada sirip mereka.
Bagaimanapun, sengatan ikan ini tidaklah menyakitkan. Namun, ia boleh menyebabkan bahagian badan membengkak jika tersentuh.
Difahamkan, ikan Stargazer mempunyai 50 spesies yang berbeza dan tergolong dalam kumpulan Uranoscopidae.
Jika ia merasa terancam, ikan ini akan membenamkan dirinya di bawah pasir.
Ikan ini boleh ditemui di seluruh dunia, oleh itu tidak hairanlah sekiranya ia ditemui di persisiran pantai Singapura.
Menurut informasi dari laman web Siladen.com, ikan tersebut mempunyai kepala dan mulut yang lebar.
Namun, apa yang membuatkan ikan ini nampak menakutkan adalah kedudukan matanya yang unik dan jauh dari satu sama lain.
Sumber: Sinar Harian