in

Individu Kongsi Hidup Susah Lepas Mak Ayah Meninggal Dunia, Harta ‘Dicuri’ Pakcik & Makcik

Curi Duit Anak Yatim 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harta anak yatim bukanlah sesuatu yang boleh dibawa main, ia dipertanggungjawabkan kepada mereka yang sepatutnya untuk menjaga dan tidak dibenarkan sama sekali untuk diambil dengan sewenang-wenangnya.

Sebuah kisah telah tular di Facebook yang diambil dari IIUM Confession di mana seorang individu berkongsi dia telah menjadi mangsa ketamakan ahli keluarga lain sejurus ibu bapanya meninggal dunia ketika berada di tempat kerja.


Dia kemudian dihantar pulang ke kampung di Kelantan dan dijaga oleh nenek serta makciknya yang lain.

1 9

“Tahun pertama makcik pakcik yang hantar aku balik Kelantan, tak ada sorang pun datang melawat.

Aku setiap hari, duit belanja makan semua maksu dengan nenek yang bagi. Itupun sebab maksu dengan nenek aku berniaga sarapan depan rumah setiap pagi.

Tahun kedua raya haji, baru makcik pakcik aku balik. Tahu diorang balik guna apa? Pakai kereta arwah abah dengan ibu aku,” tulisnya.

Individu berkenaan menceritakan dia yang masih di bangku sekolah itu berada dalam kekeliruan apabila melihat makcik serta pakciknya menggunakan kereta kedua ibu bapanya yang telahpun habis dibayar.

Namun apabila ditanya, mereka berkata arwah ibu bapanya menipu dan sebenarnya kereta itu belum habis dibayar, mereka layak menggunakan kereta tersebut hanya kerana mereka dikatakan menyambung pembayaran tersebut.

2 10

“Masa umur aku 20 tahun, waktu ni era Facebook tengah rancak, aku nampak post satu peguam ni. Dia kongsi cerita pasal situasi yang hampir sama dengan aku.

Aku pun PM peguam tersebut dan cakap aku ada masalah sama macam tulisan dekat wall Facebook dia. Jadi lepas seminggu, dia pun datang Johor dan jumpa aku. Aku pun explain satu persatu situasi aku.

Aku waktu tu cuma mampu bagi dia dalam 200 ringgit untuk consultation padahal bayaran sebenar mahal. Tapi peguam tersebut cakap tak apa. Bayaran nanti selesaikan,” tulisnya lagi.

Pertemuannya dengan peguam itu melihatkan sinar baru untuknya, dia memutuskan untuk membuka kes dan difahamkan dia sepatutnya mendapat semua harta ibu bapanya itu termasuklah duit pampasan sebanyak RM 720,000 dengan tambahan RM 50,000 kerana kedua ibu bapanya meninggal di tempat kerja.

Wang berkenaan sepatutnya diberikan kepadanya ketika usianya mencecah 18 tahun namun kesemua itu tidak diterimanya.

3 3

“Duit dari sewa rumah sebanyak RM150,000. Kena bayar juga duit penjualan rumah 100%. Semua ni makcik pakcik aku kena lakukan dalam masa 5 bulan.
Waktu ni, barulah makcik pakcik aku datang merayu-rayu. Tapi aku tak peduli. Sebab duit yang diorang makan tu sepatutnya duit aku.
Bayangkan dari umur aku 11 tahun sampai umur 23 tahun, duit yang aku dapat dari jumlah semua sekali, dari rumah, kereta, pampasan, sewa rumah lebih kurang RM2,000,000 (dua juta), aku cuma dapat dalam RM1,000.
Keluarga diorang hidup senang. Emas berderet. Anak-beranak hidup mewah guna duit yang sepatutnya jadi milik aku. Tapi aku? Cuma dapat RM1,000,” tulisnya.

Akhirnya, kedua-dua pakcik dan makciknya itu dipenjarakan malah dia turut dimaki oleh sepupunya yang lain namun dia tidak mempedulikan hal itu kerana mereka telah mencuri hartanya yang telah ditinggalkan oleh kedua arwah ibu bapanya.

Susah mana pun kita, jangan curi harta anak yatim, buruk padahnya…

Baca: “Bagi jelah elok2″ –  Netizen Tak Setuju Lelaki Lempar Duit Sedekah Untuk Anak Yatim Dari Atas Atap

Lempar Duit Sedekah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.