Baru-baru ini, Majlis Daerah Bachok (MDB) Bandar Pelancongan Islam telah mencadangkan untuk menukar nama Bandar Baru Jelawat kepada nama yang lebih sesuai dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam.
Menurut Ketua Whip Ahli MDB, Zamri Zahari, pihaknya telah mencadangkan nama ‘Madinah az Zahra’ kepada kerajaan negeri dan masih menunggu kelulusan untuk penukaran nama tersebut.
Jelasnya, cadangan tersebut turut mendapat persetujuan Adun Pantai Irama. Difahamkan, idea penukaran nama sudahpun diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa ahli majlis MDB, namun masih menunggu persetujuan kerajaan negeri.
Untuk rekod, Bandar Baru Jelawat berkeluasan 22.7 ekar dan terletak dalam Mukim Rusa yang merupakan sebahagian kawasan dalam Dun Pantai Irama. Bandar ini diwujudkan memandangkan pekan Jelawat tidak mampu menampung pembangunan.
Dapat tentangan ramai
Bagaimanapun, idea penukaran nama oleh MDB ini ternyata tidak disenangi ramai apabila rata-rata warganet beranggapan ia tidak mencerminkan identiti masyarakat di situ.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai lebih memilih untuk mengekalkan nama asal kawasan tersebut yang lebih bermakna buat penduduk di situ.
Ada juga yang beranggapan kita tidak perlu menamakan sesebuah kawasan dengan nama dari luar negara untuk menarik pengunjung.
Apa pendapat anda tentang isu ini?
Kredit: Harakahdaily
BACA: [TERKINI] Sultan Kelantan Isytihar Nur Diana Petra Sebagai Sultanah Kelantan