Tular sebuah video di media sosial, memaparkan seorang murid dihukum duduk di atas lantai sementara rakan-rakannya belajar di meja dan kerusi hanya kerana tidak mampu membayar yuran sekolah.
Dalam kejadian yang berlaku di Medan, Indonesia, ibu kepada murid berkenaan begitu terkilan melihat anaknya dilayan sebegitu rupa. Ibu tersebut lalu mempersoalkan tindakan guru di kelas anaknya.
“Dia menangis kerana malu duduk di bawah. Apa perasaan cikgu anak saya menanggung malu? Saya katakan kepadanya saya belum mempunyai wang dan minta dia bersabar.
“Saya dulu sekolah pun jarang untuk mampu bayar tetapi tidak pernah jadi seperti ini.
“Cikgu orang yang berpendidikan dan jauh lebih berpendidikan daripada saya. Setidaknya jangan buat anak saya seperti binatang. Inikah peraturan di sekolah?” kata ibu tersebut.
Artikel berkaitan: Guru Disaman RM15K Gara-gara Denda Anak Murid Tak Nak Solat Di Indonesia
@topik_sumut MIRIS tak mampu bayar SPP, siswa di Kota Medan duduk di lantai. “Tanggal 6 Januari 2025 lalu, anak saya masuk sekolah. Tapi saya tidak tau kalau anak saya didudukkan di lantai kelas. Pada tanggal 7 Januari 2025, saya sudah izin kepada wali kelas, bahwa saya minta waktu sampai hari Rabu tanggal 8 Januari 2025 untuk membayar SPP,” ujar orangtua siswa. @bobbynst @prabowo @gerindra #topiksumut #viral #sumut #sumaterautara #kotamedan #murid #spp #bobbynasution #menteripendidikan #indonesia #nasional #fyp
Kejadian itu bukan sahaja meraih kemarahan netizen, ia juga turut mendapat perhatian ahli politik di sana.
Menurut laporan, murid tersebut didenda sedemikian selama dua hari berturut-turut, didakwa kerana masih belum membayar sumbangan pembinaan pendidikan (SPP) yang tertunggak selama tiga bulan.
Ibunya mengakui keluarganya mengalami masalah kewangan memandangkan suaminya hanya bekerja sebagai buruh.
Dia juga meluahkan ada merancang untuk membayar yuran itu dengan menggunakan hasil jualan telefon bimbit terlebih dahulu tetapi merasa terkilan apabila melihat anaknya dihukum sebegitu rupa.
Susulan kritikan yang meluas, guru besar sekolah itu mendakwa dia tidak tahu-menahu tentang tindakan guru kelas berkenaan dan sudah memohon maaf kepada keluarga murid berkenaan.
Sumber: Kompas, Sinar Harian