Anak-anak ialah cerminan kepada ibu bapa, jika baik budi ibu bapa maka baiklah budi anak-anak tersebut.
Baru-baru ini, tular sebuah posting seorang ibu yang terharu dengan tindakan anaknya yang membuatkannya insaf serta terharu.
Perkongsian dari Facebook oleh Norshahada Shada, menceritakan bagaimana anaknya membantu seorang rakan sekelasnya yang tidak berkemampuan.
https://www.facebook.com/nor.shada.75/posts/pfbid02Z9nVYJySBiXB3reJZCqV18jSfP8jqFwgzaXQxT8TsZMxD4hhV47q7bd4CNRfZhVul
“Iskandar balik hulur kertas ni. Mama tanya nak buat apa?
Dia kata kawan dia susah nak buka puasa dan nak sahur tak ada makanan, mama tanya beras dia tak tulis pun, tak nak ke?
Beras dia dah beli semalam, kita yang biasa rasa susah tahu sangat la perasaan budak ni…” tulisnya.
Menurut posting tersebut, kanak-kanak itu difahamkan berada dalam keluarga yang berpecah-belah. Kedua-dua ibu bapanya tidak menjaganya sebaliknya dia dijaga oleh atuk serta neneknya.
Lebih menyedihkan atuknya itu merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) penglihatan dan sumber kewangan mereka hanyalah daripada neneknya.
“Nak nangis pun ada, orang kalau betul susah ni dia tak minta banyak-banyak pun, dia cuma minta cukup-cukup untuk nak makan je,” tulisnya lagi.
Selain itu, wanita berkenaan turut membuka sumbangan untuk membantu kanak-kanak tersebut.
Semoga dipermudahkan urusan anak kecil tu…
Baca: [VIDEO] Netizen Terharu Anak Gigih ‘Queue’ Beli Kereta Buat Hadiah Kejutan Untuk Bapa Sempena Raya

