Manusia boleh melakukan sesuatu yang luar dari jangkaan apabila nafsu dan ketamakan menguasai diri malah ia boleh ke tahap di mana mereka jadi hilang pertimbangan sehinggakan tidak dapat membezakan perkara yang betul dan salah.
Itulah yang terjadi di Thailand apabila seorang ibu bertindak meracun dua anaknya sehingga sakit dan menggunakan alasan itu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai menerusi media sosial.
Nattiwan Rakkunjet, didapati bersalah meracun dua anaknya dan seorang daripada dua anaknya itu meninggal dunia.
Pada Januari 2020, tertuduh telah bergegas ke membawa anak lelakinya ke sebuah hospital di Thailand kerana anakanya itu mengalami sakit perut dan muntah darah, Rakkunjet memberitahu doktor bahawa budak lelaki itu mengalami alahan makanan laut.
Bagaimanapun, hasil siasatan pihak hospital mendapati kanak-kanak berkenaan mengalami kerosakkan perut yang teruk, dan bukan reaksi alahan seperti yang didakwa ibunya.
Lebih menyedihkan, anak perempuannya sebelum ini juga meninggal disebabkan keracunan makanan buatan ibunya itu, dikatakan wanita tersebut mencampurkan bahan peluntur ke dalam makanan dua anaknya itu.
Menurut laporan VICE, pakar perubatan di Hospital Universiti Thammasat menentukan bahawa dua kanak-kanak itu mengalami pendarahan dalam saluran penghadaman, muntah darah dan radang perut.
Nattiwan dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah meracun dua anaknya dan memuat naik gambar mereka di media sosial untuk meminta sumbangan orang ramai.
Tergamaknya…
Baca: Tidak Mohon Maaf, Kenyataan PBSI Isu Keracunan Makanan Atlet M’sia & Thai Undang Kecaman