Kerana tidak sanggup melepaskan anak kesayangannya pergi selamanya, seorang wanita berusia 80-an bertindak menyimpan jasad anak lelakinya lebih seminggu di dalam rumahnya di Singapura.

Memetik laporan Mothership, jiran-jiran berdekatan rumah wanita itu mengatakan lelaki berusia 54 tahun itu kebiasaanya akan keluar rumah setiap pagi seawal jam 8.00 untuk menjemur pakaian atau menyiram tanamannya.

Namun kelibat lelaki itu tidak kelihatan lebih seminggu dan jiran-jiran disitu tidak menjangkakan bahawa lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.
Bercakap kepada sumber, seorang jiran memberitahu yang dia terhidu bau yang sangat busuk dan tengik sejak seminggu yang lalu namun dia tidak dapat mengenalpasti dari manakah punca bau itu terhasil.
Walau bagaimanapun, apabila bau itu semakin teruk, jiran-jiran di flat iitu membuat keputusan untuk menghubungi pihak polis kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada penghuni rumah berkenaan.

Ketika pihak polis tiba dan masuk ke rumah terbabit, mereka mendapati ada satu jasad lelaki yang sudah reput dalam keadaan tertunduk di ruang tamu dan dihurung lalat. Menurut saksi, si ibu dilihat menangis ketika jasad anaknya itu dibawa keluar dari rumah mereka.
Sementara itu, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan punca sebenar kematian lelaki itu masih belum didedahkan.
Baca: “Sikit-sikit dah lah” – [VIDEO] Netizen Tak Puas Hati Pakcik Tolak Budak-budak Buat Bising Di Surau