in

Ibu Saudara Terkilan Orang Ramai Datang Rumah Hud Aryan Sambil Buat ‘Content’

ft hud aryan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu saudara kepada adik Hud Aryan Mohd Hafifi menjelaskan bahawa kakaknya menunggu masa sehingga 6 tahun untuk mendapatkan zuriat dan mengalami 4 kali keguguran sebelum Hud Aryan dilahirkan.

Jelas Azean Suhaili Sisiliawati Ramley, 42 lagi, sejak kehilangan Hud Aryan, ibu bapa kanak-kanak itu tidak dapat melelapkan mata dan turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk ke kawasan hutan walaupun dalam keadaan keletihan.


Artikel berkaitan : “Bukan di sungai…” – Bapa Yakin Anak Masih Hidup, Ibu Pula Risau Hud Aryan ‘Disembunyi’ Makhluk Halus

Artikel berkaitan : “Belum puas bermanja” – Ibu Hud Aryan Banyak Menangis, Tidak Keruan Fikirkan Nasib Anak Yang Hilang

Datang rumah demi ‘content’, sampai hilang sensitiviti

“Berat ujian kami sekeluarga, siang malam kami mencari Hud Aryan. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa semoga urusan mencari hari ini mendapat petunjuk positif.”

Screenshot 2025 02 26 125100

Dalam pada itu, ibu saudara Hud Aryan juga meminta jasa baik ramai pihak supaya tidak mengunjungi rumah mereka semata-mata ingin membuat kandungan media sosial.

“Macam-macam video saya lihat di TikTok, yang datang nak membuat siaran langsung untuk menarik jumlah tontonan media sosial.

“Ada yang mempersoal mengapa kami cuai dan biarkan Hud keluar sendirian. Mereka tidak berada dalam situasi kami, fahamilah kami sekeluarga sedang bersedih.”

Screenshot 2025 02 26 125115

Untuk rekod, Hud Aryan dilaporkan hilang dari rumah keluarganya dekat Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan kira-kira jam 7.20 malam kelmarin.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.