Ibu kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Kartini Noor Mohammed mendedahkan kepada umum bahawa dirinya yang berusia 58 tahun itu telah disahkan menghidap kanser payudara tahap 1.
Noor Kartini berkongsi perkara itu menerusi TikTok Abe La Senokeperutofficial semalam.
@senokperutofficial Terkejut juga Abe La apabila Mama Tini ajak jumpa minggu lepas. Rupanya ada benda dia nak bagi tahu. Suatu yang sangat penting untuk setiap wanita kena jaga dan cakna. #kualalumpur #neelofa
Artikel berkaitan: “Saya okay, netizen yang tak okay” – Ameera Khan ‘Open Minded’ Tengok Babak Panas Lakonan Jefri Nichol
Artikel berkaitan: Neelofa Akui Baru Setahun Jagung Dalam Perkahwinan, Tak Layak Beri Nasihat
Dalam video yang berdurasi selama 9 minit itu, Noor Kartini telah memberitahu kepada penonton bahawa kaum Hawa sepatutnya menjaga kesihatan masing-masing.
Selain itu, dia juga menyeru kaum wanita di luar sana untuk membuat pemeriksaan kesihatan tahunan agar dapat mengetahui dengan lebih awal jika menghidap sesuatu penyakit.
Ibu kepada Neelofa itu juga mengatakan dia setiap tahun akan membuat pemeriksaan kesihatan dan baru-baru ini, dia telah didiagnos menghidap kanser payudara tahap awal.
Dia mengakui bahawa dia sangat terkejut dengan berita itu kerana sebelum ini tidak pernah terfikir akan menghidap penyakit tersebut memandangkan tiada yang menghidap kanser dalam sejarah ahli keluarganya.
Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana dapat mengesan tentang penyakit kanser itu ketika ia masih berada di tahap awal.
Difahamkan, kini, Noor Kartini sedang berada dalam fasa recovery atau pemulihan.
Oleh itu, anak-anaknya meminta ibu mereka untuk berehat daripada dunia perniagaan.
Susulan itu juga, usahawan ini mahu membuat jualan lelong untuk semua produk-produk jualannya termasuklah produk minuman Kucate.
Noor Kartini turut bersyukur kerana mendapat sokongan daripada suami dan anak-anak.
Sumber: TikTok @senokperutofficial