in

Ibu Meninggal Akibat Kanser Lidah, Guru Sebak Tengok Keadaan Rumah Usang Sekangkang Kara

Page Murid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Permulaan untuk masuk ke alam persekolahan selalunya akan dihiasi dengan memori bersama kedua-dua ibu ayah yang hantar ke sekolah, siapkan sarapan dan juga bekal untuk dimakan ketika waktu rehat.

Walau bagaimanapun, ada juga yang tak berpeluang untuk merasai semua itu sehingga tamat zaman persekolahan. Lebih menyedihkan apabila ibu atau bapa meninggal dunia sewaktu masih bergelar sebagai pelajar.


Seperti satu perkongsian TikTok menerusi akaun milik @reezmell, apabila dia bersama rakan warga pendidik yang lain buat lawatan ke rumah salah seorang pelajarnya yang baru kehilangan ibu tersayang akibat kanser lidah.

@reezmell

Aqila murid yg sgt kuat walau baru darjah 1..ibunya meninggal kanser lidah.. doakan dia kuat ye sahabat TT?? #anakkuat #ketabahanseoranganak #tiktok #fyp #berandatiktok #masukberandafyp #tiktokmalaysia

♬ bunyi asal – Pijah Mohamad – Finaz❤️

Difahamkan mereka buat tinjauan itu selepas dapat berita tentang pemergian ibunya dan pelajar perempuan tersebut dikenali sebagai Aqila serta baru saja menjejakkan kaki sebagai pelajar sekolah rendah dan berada di darjah 1.

“Aqila murid yg sgt kuat walau baru darjah 1..ibunya meninggal kanser lidah.. doakan dia kuat ye sahabat” – Tulis pemilik akaun

“Macam mana boleh duduk sini?”

Apa yang menyebabkan sekumpulan guru ini sebak adalah apabila melihat keadaan sekeliling rumah adik Aqila ni yang boleh dikatakan usang dan penuh dengan sampah sarap. Malah keadaan dalam rumahnya juga tak penuh dengan perabot.

Namun, mereka tak dapat berjumpa dengan adik Aqila sebaik tiba di rumahnya kerana dia difahamkan menetap bersama ibu saudaranya buat sementara waktu.

Tiktok Full 1

Di hujung video itu juga, guru-guru ini mendoakan agar adik Aqilah diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan walaupun tanpa ibu yang tercinta disisi. Orang ramai juga mengharapkan agar pihak yang sepatutnya segera bertindak melakukan sesuatu.

Alamak, terus mata masuk habuk… Semoga terus semangat ya adik Qila!

Baca: “Mentaliti pentingkan diri sendiri” –  Penghuni Flat Wangsa Maju Pasang Pagar Depan Rumah Cetus Perbalahan Netizen

Untitled 3 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.