in

Ibu Kanak-kanak Perempuan Hilang Di Bon Odori Minta Jangan Kongsi Maklumat Tidak Tepat

Syaz Ft 2024 07 22T172554.276

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, kita dikejutkan dengan berita kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun ketika di Festival Bon Odori di Iskandar Puteri, Johor.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira pukul 8.30 malam di pusat beli-belah Eco Galleria 3, Taman Botani.


Artikel berkaitan: 429 Individu Hilang Di M’sia, Ini Antara 5 Orang Yang Masih Gagal Ditemui

Artikel berkaitan: “Ini mitos semata” – Tak Perlu Tunggu 24 Jam Buat Laporan Kes Orang Hilang

Cats 17

Ibu kepada kanak-kanak itu, Leo Qieo Xin bagaimanapun sedih dengan kenyataan segelintir pihak yang mengatakan anak tersebut tidak sepatutnya dibawa ke festival besar sebegitu.

Leo Qieo Xin berkata membawa anaknya ke situ kerana dia berniaga minuman di festival tersebut.

“Saya sangat marah dan kecewa apabila banyak berita tidak tepat mengaitkan hal kehilangan anak saya.

Tolonglah hentikan.. saya sangat sedih dengan kejadian ini, saya tidak selera makan sebab terlalu risau,” katanya.

Menurut laporan Bernama, difahamkan, dua ekor anjing pengesan dari Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan untuk mengesan kanak-kanak itu dan premis perniagaan di pusat beli-belah itu bagaimanapun beroperasi seperti biasa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Albertine Leo Jia Hui.

Kumarasan dipetik berkata kanak-kanak berketinggian lebih kurang 120 sentimeter, rambut panjang berwarna hitam, kulit cerah dan tubuh sederhana kurus itu memakai kemeja T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ pada bahagian dada dan berseluar pendek.

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.