in

“Ibu jangan nangis, semoga ibu sihat amin” – Pelakon Veteran, Wan Maimunah Terharu Terima Sumbangan Netizen

Untitled design 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam tempoh PKP ni kita dapat lihat ramai yang perlukan bantuan kerana sumber makanan mereka semakin hari semakin berkurangan.

Hal ini berlaku apabila kebanyakan rakyat tidak boleh keluar untuk pergi kerja.


Perkara ini bukan sekadar menimpa pada rakyat malah segelintir selebriti juga turut terkesan tambah-tambah lagi yang di gelar ‘veteran’.

Melalui posting Instagram Tengku Khalidah, dia telah memberi sumbangan pada salah seorang  selebriti veteran Wan Maimunah yang selama ini hanya mendiamkan diri sahaja.

Apa yang dilihat berjurai air mata Wan Maimunah tanda bersyukurnya dia atas sumbangan yang diberi, turut difahamkan sumbangan itu di sampaikan oleh Ustaz Sheikh Mohammad, lapor Mstar.

Alhamdulillah, ibu dapat lagi sumbangan yang di hantar oleh ustaz. Selepas solat subuh, ibu dapat mesej daripada Tengku Khalidah beritahu ustaz nak datang” – Wan Maimunah

Pelakon yang turut dikenali sebagai ‘bintang air mata’ itu meninggalkan mesej yang cukup mendalam buat netizen yang menolongnya.

Alhamdulillah, setiap yang baik pasti akan di balas dengan kebaikan.” – Wan Maimunah

Difahamkan mereka menjumpai pelakon vateran ini di rumah anak angkatnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.

https://www.instagram.com/p/B-6jSmMJY6M/?igshid=1s6kpbi4ri4qf

Ya Allah, min tengok video ni pun min nak nangis.

Rata-rata netizen bangga dengan tindakan Tengku Khalidah, malah ada yang menanyakan bagaimana nak beri sumbangan juga. Baikkan netizen kita.

 

Semoga Allah permudahkan urusan mak Wan

Ada no akaun ibu tak?

 

Baca: “Hati orang beriman perlu terisi dengan kasih sayang” – Netizen Terharu Pelakon Zul Yahya Sumbang Bekalan Makanan Kepada Non-Muslim

capture 20200415 111903 crop

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.