in

Ibu Galak Anak 9 Tahun Buat Pembedahan ‘Double Eyelids’ Demi Penuhi ‘Beauty Standard’

Bedah Plastik Micchi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap negara di dunia ini mempunyai beauty standard masing-masing. Ada negara yang berpendapat kalau berkulit gelap itu cantik dan ada pulak negara yang menganggap individu berbadan chubby itu lebih menawan.

Meskipun kecantikan seseorang itu adalah sesuatu yang subjektif, masih ramai orang di seluruh dunia yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan mereka mengikut beauty standard ini sampai membahayakan diri sendiri pulak.


Bercakap pasal beauty standard ni, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dilaporkan sanggup menahan sakit melakukan pembedahan plastik pada kelopak matanya demi mendapatkan double eyelid seperti yang selalu diminta ibunya.

Micchi E1668310411236

New York Post melaporkan, Micchi, 9, berkata, dia mahu melakukan pembedahan berkenaan selepas dipaksa ibunya kerana percaya ia akan membuatkan wajahnya cantik.

Jelas ibu kanak-kanak itu, dia memang menggalakkan anaknya membuat pembedahan kelopak mata pada usia yang muda kerana menganggap ia satu keperluan. Wanita itu turut mengaku double eyelids yang dimilikinya sekarang adalah hasil pembedahan plastik yang dilakukan ketika berusia 18 tahun dan menyesal kerana tidak melakukannya lebih awal.

Rucchi E1668310458334

“Semasa kecil, saya dilayan berbeza berbanding adik-beradik yang ada double eyelids. Semua orang selalu kata adik lagi comel dari saya. Makcik-makcik di kawasan kejiranan juga selalu panggil adik saya comel dan berikan dia gula-gula. Takde siapa pernah panggil saya comel atau cantik.

Seorang perempuan perlukan double eyelid. Saya tak pernah nampak perempuan yang ada monolid yang saya rasa cantik. Double eyelids itu cantik dan ia astu beauty standard. Saya selalu beritahu anak ini berulang kali,” katanya ibu Micchi.

Unnamed E1668310501601

Dalam pada itu, Micchi juga berpendapat kelopak mata asalnya membuatkan dirinya kelihatan seperti selalu menjeling. Malah, kanak-kanak itu juga percaya dia akan jadi cantik sekiranya mampu menahan kesakitan prosedur pembedahan plastik.

Pembedahan kelopak mata yang dilakukan Micchi sepatutnya mengambil masa sekitar 20 minit tetapi berlanjutan selama dua jam dan ubat anesthesia tidak berkesan padanya.

Untuk pengetahuan, ia adalah sah di sisi undang-undang untuk melakukan pembedahan plastik pada kanak-kanak bawah umur asalkan ada persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga sah.

Sumber: New York Post

Baca: Ratu Cantik Rusia Tak Boleh Tutup Mata Atau Senyum Lepas Buat Pembedahan Plastik

Ratu Cantik E1668308010887

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.