Lately, pelbagai kisah rumah tangga di share di media sosial. Especially cerita yang tidak enak didengar. Contohnya, cerita tentang pasangan curang, suami nikah lain secara senyap, isteri dalam pantang dimadukan dan macam-macam lagi (sure korang baca, it’s all over Facebook).
Perasan tak, kebanyakan kes sebegitu berlaku pada pasangan muda (takde lah muda sangat. Ada yang umur 30 ke atas) ? Jarang kita dengar kisah buruk rumah tangga dari pasangan yang usia perkahwinan mereka sudah pun mencecah 20-30 tahun (mostly pasangan yang sudah jadi atuk/nenek).
Apa beza perkahwinan dulu-dulu dan sekarang? Apa beza kasih sayang antara suami isteri dari pasangan dulu dan pasangan sekarang? Kami kongsikan video dari Sujimy Mohamad interview ibu beliau mengenai isu ini.
“Perkahwinan orang dulu-dulu boleh bertahan lama walaupun tidak bercinta. Ibu saya mendedahkan rahsia orang dulu-dulu membahagiakan rumahtangga”
Menurut ibu beliau, meskipun perkahwinan dulu-dulu tiada percintaan atau berkasih-kasihan, tetapi perkahwinan itu boleh sampai hingga ke akhir hayat. Mengapa?
Ini antara sebab yang dikongsikan:
1. Orang dulu-dulu bila habis nikah/majlis, pasangan akan dibawa berjumpa dengan saudara mara kedua belah pihak untuk suai kenal dan beramah mesra
- Tidak seperti pasangan sekarang yang mengikut trend lebih memikirkan untuk pergi berbulan madu
- Which explains, kadang kala berlaku selisih faham dan sebagainya kerana tidak betul betul mengenali keluarga dan saudara mara pasangan. Hanya sekadar kenal ‘gitu-gitu’ je. Kadang-kadang tak ingat pun nama saudara atau hanya ingat rupa tanpa tahu nama. Ada juga kes tidak kenal langsung! (Parah tu!)
2. Pasangan muda yang belum dinikahkan sudah bercuti bersama-sama atau mengambil gambar (pre wedding). Ibu beliau berkata, itu sememangnya tidak dibolehkan.
- Secara logiknya, ia mungkin akan menimbulkan fitnah atau tanggapan buruk orang lain terutamanya keluarga dan rakan-rakan
- Mengikut agama pula, ia adalah sesuatu yang mendekati maksiat dan kemungkaran
Mengikut pengalamannya, suami haruslah:
- Mendahulukan isteri
- Hargai pengorbanan dan kepayahan seorang isteri melahirkan seorang anak
- Membantu isteri dalam kerja-kerja di rumah termasuk hal anak-anak
- Bersama-sama (membantu) isteri ketika membesarkan anak
Beliau juga menggalakkan supaya ibu bapa sering menasihati anak mereka TETAPI jangan lah sampai mencampuri urusan rumah tangga anak-anak kerana mungkin boleh memburukkan keadaan (pergaduhan suami isteri).
Di akhir perbualan mereka, ibu Sujimy sempat memberi pesanan/tips penting dalam membentuk keluarga bahagia. Menurutnya, elemen terpenting untuk keamanan dalam sesebuah keluarga itu haruslah ada :-
- Sakinah (ketenteraman)
- Mawaddah (kasih sayang)
- Warahmah (rahmat Allah)
Bila diuji dengan perselisihan faham atau pergaduhan, jangan lah cerita keburukan suami/isteri pada orang lain terutamanya orang yang tidak boleh memberi nasihat (lebih memburukkan keadaan). Apa pun, yang penting sentiasa ingat pada Allah SWT. InsyaAllah rumah tangga diberkati 🙂