Lepas satu, satu kontroversi dicetuskan oleh pelakon, Fathia Latiff yang mendapat perhatian ramai. Terbaru, pelakon ini telah memuat naik satu posting di Instagram yang seakan-akan menyindir seseorang.
Meskipun tidak pasti ia adalah kisah mengenai dirinya atau orang lain, posting berkenaan bercakap mengenai hubungan keruh di antara ibu dan anak hingga berlakunya pergaduhan.
Artikel berkaitan: Dedah Sebab Dendam Dengan Aiman & Zahirah, Netizen Minta Orang Ramai Henti ‘Provoke’ Fathia Latiff
Artikel berkaitan: Fathia Latiff Dedah ‘A’ Pernah Ajak Kahwin Tapi Dia Tolak Sebab…
“Amat sedih apabila seorang ibu cuba memecah belahkan adik-beradik dari kecil”
Menerusi posting itu, Fathia mengatakan sebagai seorang anak, dia amat sedih apabila seorang ibu cuba pecahkan belahkan adik beradik dari kecil.
Tak cukup itu, Fathia juga menyebut tentang tindakan seorang ibu yang sanggup menggunakan ilmu hitam dan mempunyai niat untuk membunuh anak sendiri sehingga bapa menjadi mangsa.
Menyalah guna kuasa darjat ibu akibat sikap dengki pada anak sendiri.
Tidak pernah merasakan kasih sayang ibu sejak dari kecil, cuma wang, tekanan dan ketidak adilan oang pada diri sendiri membuatkan ibu rasa gembira.
Atok pernah cakap, kalau rasa diri paling cantik, 1000 lagi ada lebih cantik. Kalau rasa diri itu pandai, 1000 kali lagi ada oang lebih pandai. Terimalah kenyataan. Walau saya berjalan seorang dalam dunia ini, Allah sudah cukup untuk saya,” tulisnya.
View this post on Instagram
Dalam posting yang berbeza pula, Fathia memuat naik gambar bersama adiknya, Fasiha Latiff dan bertanya sama ada logik atau tidak jika seseorang itu mencium menantu lelakinya sendiri.
Fathia juga dalam masa yang sama dilihat menitipkan kata-kata semangat kepada adiknya itu.
View this post on Instagram
“Kita tak tahu apa yang dia alami”
Rata-rata netizen di ruang komen berharap agar Fathia berhenti memuat naik posting mengenai dirinya di media sosial dan mendapatkan bantuan sewajarnya segera.
Ada juga yang mengatakan Fathia mungkin sedang berhalusinasi dan ada segelintir daripadanya percaya bahawa Fathia kini berhadapan konflik dengan keluarga.
Apa-apapun kita doakan semoga Fathia mendapat rawatan dengan segera. Janganlah kecam dia sebab kita pun tak tahu apa yang dia sedang alami.
Sumber: Instagram 1, 2