in

Ibu Cemas Anak Hilang Dalam Mall, Orang Ramai Bantu Carikan Sampai Jumpa

Mak 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, tidak dapat dinafikan banyak kes melibatkan kanak-kanak hilang di tempat awam. Ramai orang pasti akan menyalahkan ibu bapa kerana cuai namun tiada ibu bapa yang mahu perkara itu terjadi kepada diri mereka.

Tular di TikTok baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh seorang influencer memaparkan detik cemas seorang ibu mencari anaknya yang hilang di pusat beli belah.


@zarolzarif

Tadi Ktorang Jalan2 kat Mytown Cheras, tiba2 dengar suara seorang wanita panggil2 nama anak dia.. Sumpah kesian nampak muka dia risau.. Terus Zarol pun tolong cari adik tu.. Sehingga Akhirnya… #fyp #anakhilang

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Mak cemas, menjerit minta tolong

Menerusi video itu, difahamkan kejadian itu berlaku di taman permainan dalam sebuah pusat beli belah yang terletak di Kuala Lumpur. Sambil memegang anak lelakinya di sebelah tangan, wanita tersebut menunjukkan gambar anaknya yang hilang menerusi telefon.

Dia berkali-kali menjerit meminta tolong orang ramai supaya bantu mencari anaknya yang hilang. Mujur ramai yang peka dengan kejadian itu, mereka yang berada di situ turut mencari kanak-kanak tersebut.

Bangga jadi rakyat Malaysia. Ramai yang prihatin datang tengok gambar anak yang hilang tu dan sama2 tolong cari.

Lebih menyedihkan, wanita itu terjumpa kasut milik anaknya di kawasan tersebut lalu dia terus menjerit meminta tolong dengan harapan anaknya kembali ke pangkuan.

Tiba2 mak dia jumpa kasut anak dia, tapi anak takde.. lagi la dia risau.

Dah tolong cari tapi..

Influencer itu turut membantu mencari kanak-kanak berkenaan namun usahanya tidak berhasil lalu dia menaiki eskalator untuk ke kawasan parkir kereta. Tiba-tiba, dia ternampak wanita tadi berada di kawasan eskalator tersebut.

Artikel berkaitan: Kes Zayn Rayyan: Polis Kesan 2 Saksi Kanak-kanak Sempat Nampak Mangsa Sebelum Hilang

Artikel berkaitan: “Sekelip mata dah tak ada” – Ini 5 Kes Kanak-Kanak Yang Hilang Tanpa Kesan Di Malaysia

Akhirnya, kanak-kanak berkenaan sudah berjaya dijumpai dengan bantuan orang awam yang berada di sekeliling itu.

Alhamdulillah.. adik ni dijumpai. Rasanya abang baju hitam tu yang jumpa dia.

Wanita itu nampak lega apabila anaknya sudah kembali ke dakapan dan kanak-kanak tersebut memeluk erat ibunya dengan wajah yang sedih.

Kita pun rasa lega sebab lepas terjadi kisah kanak2 hilang.. Zarol rasa trauma.. bila nampak mak dia jumpa semula anak dia, rasa tenang hati nak balik rumah. – Influencer

Menjengah di ruangan komen, ramai warganet menceritakan pengalaman mereka yang hampir sama dengan kejadian ini.

Zarol 1 Zarol 2 Zarol 3

Terima kasih orang awam bantu akak ni carikan anak dia sampai jumpa.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.