in

“Ibu bapa ‘paip’ rezeki”- Wanita Hadiahkan Cash RM 25 Ribu Sempena Hari Lahir Ibu

cats 109

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Impian setiap anak untuk balas jasa dan budi ibu bapa kita yang telah banyak berkorban demi membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berjaya sekarang. Bila ada rezeki lebih, apa salahnya beri kepada orang tua kita kan?

Baru-baru ini, viral di Tiktok tentang seorang usahawan wanita yang memberikan sejumlah wang tunai bernilai RM 25 ribu kepada ibunya sempena hari lahir. Wah, banyaknya!


Video yang dikongsi oleh wanita bernama Nabilah Nazib ini pada 24 April lalu mendapat lebih 400 ribu tontonan dengan hampir 40 ribu likes dan hampir 400 share.

@sugardollbynn

We cant choose our parents, but sure we can be a good daughter. Cus the choice is ours. Appreciation comes first! Good luck mak! #fyp #mommydaughter

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Nak menang cabutan bertuah

Menerusi satu perkongsian video itu, Nabilah beritahu yang ibunya mempunyai impian untuk memenangi cabutan bertuah yang dianjurkan oleh SSP BSN. So, untuk capai impian ibunya, wanita ini beri wang tunai untuk ibunya deposit ke dalam bank dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah tersebut.

Capture 74

Bukan itu sahaja, wanita yang bergelar usahawan produk kesihatan rambut ini juga mendedahkan bahawa dia memberikan RM 20 ribu setiap bulan kepada ibu bapanya.

Wanita ini turut berkongsi tips untuk mendapatkan rezeki lebih iaitu dengan cara lebih banyakkan memberi kepada ibu bapa.

“Mak ayah ni ‘paip’ rezeki. Kalau nak duit banyak , beri lagi banyak.”

 

Beri inspirasi kepada netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan pemberian wanita itu dan turut menjadikan dia sebagai inspirasi untuk cari rezeki lebih dan mula memberi kepada ibu bapa mereka di kampung. Lebih banyak memberi, lebih banyak la kita menerima. Betul tak?

photo6068603453275483627

Semoga kita dimurahkan rezeki so that kita pun boleh bagi macam-macam dekat ibu bapa kita sebagai tanda untuk balas budi diorang dah membesarkan kita dengan baik.

 

Sumber: Nabilah Nazib

Baca:Unik! Lelaki Ini Lamar Isterinya Dengan 2 Bitcoin Bernilai Lebih RM400 Ribu

Capture 75

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.