Tindakan ibu bapa untuk melatih anak yang masih kecil di bulan Ramadan untuk membiasakan diri berpuasa memang sangat digalakkan.
Pun begitu, ibu bapa dinasihatkan agar tidak terlalu memaksa dan mendesak anak-anak mereka untuk berpuasa penuh seperti orang dewasa.
Artikel berkaitan : Dipercayai Ada Unsur Kecuaian, Polis Siasat Ibu Ayah Hud Aryan
Artikel berkaitan : Bendera Malaysia Terbalik Pada Jersi Lee Zii Jia Ialah Kecuaian Kritikal & Fahmi Fadzil
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, cara terbaik untuk mendidik mereka mengenai kewajipan itu adalah dengan membenarkan mereka berpuasa ikut yang termampu.
Ia kerana, pada usia kanak-kanak, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa daripada segi syarak kerana masih belum baligh.
“Moleklah kalau begitu, yang tak molek adalah apabila kita memaksa anak-anak kita. Umur mereka baru sahaja enam tujuh tahun, tapi dipaksa untuk puasa penuh.”
Jelasnya, melatih bukanlah bermaksud puasa dari Subuh hingga ke Maghrib, tetapi megikut tahap kemampuan anak-anak dan masa yang sesuai untuk melatih adalah saat mereka berumur 7 tahun.
“Ia bukan sunnah tetapi kalau sesiapa yang sudah melatih anak mereka sejak umur lima ke enam tahun, tak ada masalah dan dibolehkan. Tetapi yang afdal adalah bermula usia tujuh tahun.”
Dengan cuaca macam ni memang bahaya kalau terlalu tegas latih anak berpuasa secara paksa.
Sumber : mStar Online