Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak memang tak terkira walau apa jua yang terjadi. Sayang yang juga bermaksud pengorbanan tidak berbelah bagi ini wajar dihargai dan diingati sampai bila-bila. Sebabnya, tanpa mereka kita tak mungkin peroleh kejayaan dalam kehidupan.
Pada hari Sabtu yang lepas, tular satu video memaparkan sebuah keluarga sedang berjalan masuk ke dalam perkarangan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk menghantar seorang anaknya belajar di universiti itu.
Apa yang mengharukan, keluarga itu dipercayai telah berjalan kaki selepas turun dari bas dengan membawa bagasi yang banyak. Bukan tu je, dalam video berdurasi satu minit lebih tu, mereka kelihatan berjalan di bawah terik matahari.
Artikel berkaitan: “Pengorbanan seorang ayah” – Wiper Rosak, Hujan Lebat, Tetapi Ayah Tetap Hantar Anak Pergi Kerja
Tambahan lagi, keluarga yang berasal dari Sarawak itu telah menggunakan pengangkutan bas sebagai alternatif untuk ke Pahang.
“Bila ditanya, katanya mereka datang dari Sarawak naik bas nak hantar anak masuk UMPSA.”
Dalam video tersebut juga, terpapar kegembiraan pada wajah bapa pelajar itu ketika sedang mengambil gambar di pintu gerbang universiti itu.
Selain itu, tindakan pantas pihak universiti dengan menyediakan sebuah kereta bagi mengangkut bagasi-bagasi yang dibawa keluarga itu setelah melihat mereka berjalan kaki juga mendapat perhatian ramai.
Artikel berkaitan: “Tak boleh bayangkan apa dia rasa” – Video Bapa Hantar Anak Untuk Lari Dari Ukraine Bikin Sebak
Video yang viral itu telah mendapat lebih 600,000 tontonan dengan rata-rata komen memuji usaha ibu bapa pelajar dalam menghantar anak ke menara gading untuk menimba ilmu.
“Allah… kasihannya berpanas-panasan. Terima kasih tolong keluarga ni dapatkan kereta.”
Diharapkan kegigihan ibu bapa dalam berkorban apa saja demi menghantar anak-anak ke universiti ini bakal menjadi azimat buat mereka demi mencapai kejayaan di suatu masa kelak.
Sumber: Sinar Harian, mStar, Utusan Malaysia