in

“Ibadat tak ganggu prestasi atlet” – Hannah Yeoh Beri Kenyataan Isu Bekas Pemain Badminton Hina BAM

bekas pemain badminton rasis

Hujung minggu lepas tular sebuah video seorang individu yang dikatakan bekas pemain badminton negara bertindak menghina pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Individu berkenaan menyatakan BAM tidak berjaya dan semakin mundur kerana ia dipegang oleh bangsa Melayu yang beragama Islam.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengecam sekeras-kerasnya tindakan individu tersebut dan menerusi laman Twitter miliknya, beliau memaklumkan semakan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan BAM yang mana mendapati individu terbabit bukan lagi atlet negara.

Sebaliknya, individu itu adalah bekas pemain pelapis percubaan BAM pada 2014 dan kini tidak menetap di Malaysia.

“Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau sudah meminta maaf.

Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia.

Saya ulangi pendirian, sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik. Semua atlet negara adalah sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, individu yang dikenali sebagai Bong Guang Yik yang juga jurulatih badminton di China didakwa berkata dalam Malaysia Open (Terbuka Malaysia) tiada pemain Malaysia ke pusingan akhir.

Dia kemudian berkata perkara itu bukan berpunca daripada pemain sebaliknya daripada pengurusan BAM yang ‘dipegang’ oleh orang Melayu.

Harap takdelah lagi perkara macam ni jadi…

Baca: Tinggalkan Komen Perkauman, Atlet Hoki Digantung & Tak Beraksi Di Sukan Sea 2023

Hanis Onn Digantung