in

“Ia tidak mencerminkan tingkah laku rakyat Palestin secara umum”- Isu Warga Palestin Buat Kecoh Di Wisma Transit Telah Diselesaikan

Rakyat Palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam tular di pelbagai platform media sosial video yang memaparkan sekumpulan warga Palestin yang membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga ada yang mengakibatkan perhiasan di lobi bangunan itu pecah.

Menurut Duta Palestin ke Malaysia iaitu Walid Abu Ali, isu kekecohan yang berlaku itu bagaimanapun telah dibincangkan dan diselesaikan.


2 2

Memetik laporan BERNAMA, pihak kedutaan Palestin telah datang ke wisma transit itu untuk berjumpa dengan warga Palestin dan pegawai keselamatan yang terlibat dalam kekecohan itu agar perkara itu dapat diselesaikan.

Difahamkan, isu itu telah selesai setelah dibincangkan oleh mereka.

Artikel Berkaitan: “Pecahkan pasu, baling selipar” – Warga Palestin Mengamuk, Buat Kecoh di Wisma Transit?

Artikel berkaitan: “Mereka mahu kembali ke tanah air” – Menteri Pertahanan Maklum Tiada Misi Kedua Rawat Rakyat Palestin Di Malaysia

Dalam masa yang sama, Duta Palestin ke Malaysia itu juga turut mengecam kejadian yang berlaku melibatkan rakyat negaranya di Wisma Transit itu.

Walid Abu Ali turut mengakui apa yang dilakukan oleh warga Palestin itu salah dan beliau turut memohon maaf.

Bagi pihak Palestin, saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia,” kata Duta Palestin.

Menurut beliau lagi, kejadian yang berlaku itu tidak mencerminkan tingkah laku rakyat Palestin secara umumnya.

Beliau turut mengatakan bahawa ada beberapa orang rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia baru-baru ini untuk dirawat di sini juga ada memberitahu hasrat mereka bahawa mereka ingin meninggalkan Malaysia kerana mahu pulang semula ke tanah air mereka.

Untuk yang mahu pulang semula ke Palestin, difahamkan mereka akan diminta untuk menandatangi surat kebenaran dan pihak kedutaan dan Kementerian Pertahanan akan membuat aturan untuk menghantar mereka pulang.

Sumber: BERNAMA

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.