in

“I nak jumpa anak… please” – Bekas Isteri Sedih, Merayu Dekat Safee Sali Nak Jumpa Anak

Ft Bekas Isteri Rayu Jumpa Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas isteri kepada Safee Sali terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan 2 anak kandungnya. Difahamkan, Fitri Elfina Maharip sampai merayu agar dapat diberi peluang untuk berjumpa kerana sudah lebih sebulan tidak bersua.

Dapat dilihat menerusi satu video tular, di mana Fitria bersemuka dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu dan isteri baharunya di sebuah kondominium demi melepaskan kerinduan terhadap anak-anaknya, bahkan berlaku pertelingkahan di antara ketiga-tiga individu ini.


Artikel berkaitan : “Orang yang tahu je macam mana” – Dilabel Kena Kifarah, Bekas Isteri Safee Sali Nafi Jadi Perampas

Artikel berkaitan : Safee Sali Bercerai Talak 2, Sahkan Sudah Berkahwin Dengan Wanita Lain

“Saya nak jumpa anak. Itu anak-anak I. You tak fikir ke, anak-anak I.. please.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ketika ditemubual oleh mStar, Fitria menyatakan bahawa dia datang ke kondominium di Kuala Lumpur itu dengan harapan untuk bertemu dengan anaknya, Shanika Salsabila Mohd Safee dan Shania Safina Mohd Safee.

Dalam kejadian pada hari Isnin lepas, dia terpaksa berbuat demikian setelah tidak dapat berkomunikasi dengan dua anak kandungnya sejak awak Februari lalu.

“Sebelum ni saya berbicara dengan dia (Safee) menerusi WhatsApp mengenai anak-anak saya tapi tak dibalas. Semalam saya datang untuk jumpa anak-anak selepas mendapat tahu alamat. Saya pergi untuk berbincang kerana niat saya memang nak jumpa anak-anak dengan cara baik.”

Screenshot 2024 03 27 125541

Ketika Fitria datang ke kondominium yang ditemani anak saudara dan rakan, dia tak menyangka yang dia akan terserempak dengan isteri baharu bekas suaminya di situ.

“Hanya mereka berdua secara kebetulan. Pertama kali saya jumpa perempuan tu. Saya cakap dan bincang baik-baik kerana rindu anak-anak.”

“Saya juga merayu dengan perempuan tu untuk faham situasi saya yang rindukan anak-anak. Dia dah ambil suami saya, tapi beri peluang saya jumpa anak-anak.”

“Walaupun dah merayu, tapi mereka buat tak tahu saja.” 

“Saya menangis, saya yang melahirkan dan jaga pantang. Itu anak-anak saya juga. Perempuan itu sebagai wanita pun seharusnya ada perasaan.”

“Tapi tak beri kerjasama. Memang tak ada hati perut. Takkanlah tak ada perasaan, selama 11 tahun saya dan dia hidup bersama.”

Screenshot 2024 03 27 125556

Selain rindu, Fitria juga bimbang tentang status persekolahan anak-anaknya dan dia mendakwa tiada urusan pemindahan sekolah.

“Saya tak tahu status sekolah anak-anak tapi anak-anak tidak lagi di Puncak Alam, Selangor. Saya harap persekolahan mereka diuruskan dengan baik.”

“Saya berharap dia dilembutkan hati dan memberi keizinan kepada saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya sangat rindukan mereka.”

Screenshot 2024 03 27 125610

Safee dan Fitria Elfina sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Selasa lepas. Hakim Syarie, Mohd Fakhrurrzai Mahammad memutukan demikian dalam prosiding pengesahan lafaz cerai selepas meneliti keterangan kedua-dua belah pihak.

Sumber : mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.