Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya…
Itulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk pemain badminton beregu yang memenangi pingat perak Sukan SEA pada 2021, Yeremia Rambitan. Dia telah menjadi perhatian netizen selepas menegeluarkan statement ‘kotor’ dalam sebuah sesi live di aplikasi TikTok.
Dalam rakaman yang sedang viral di media sosial, Yeremiah kelihatan sedang berada di dalam bas sambil melambai dan mengeluarkan kata-kata “I love you, I want to f*ck you” .
Nih pic.twitter.com/6YkSGZ0RjF
— cloudy (@txtdaricloudy) May 24, 2022
Video pendek yang memaparkan pemain badminton itu kemudiannya tersebar luas ke pelbagai platform, termasuk di Twitter dan sudah pastinya menerima pelbagai kritikan dari netizen terutama sekali peminat badminton.
Perkara ini mebuatkan lebih ramai yang ‘naik angin’ kerana dia sedang membawa nama negara Garuda itu malah dia juga sedang menyarung jaket rasmi kontinjen Indonesia yang dipakai ketika Sukan SEA baru-baru ini.
Disebabkan insiden tersebut, ramai yang mula ‘menyerang’ akaun Instagram peribadi miliknya dan pemain badminton yang berusia 23 tahun itu sudah mula menghadkan ruangan komen media sosialnya itu.
Sebagai info, Yeremia merupakan salah seorang wakil Indonesia dalam Sukan SEA yang bergandingan dengan Pramudya Kusumawardana, dalam acara badminton beregu. Malah, Yeremia berjaya layak ke pusingan akhir acara suka tersebut.
Pada pusingan akhir, Pramudya/Yeremia tewas kepada Leo Rolly Carnando/Daniel Marthin yang juga dari Indonesia dan mereka terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Jaga-jaga bila berkata…
Baca: “Shy shy cat pulak!” – [VIDEO] Lee Zii Jia Menari ‘TikTok’, Tunaikan Janji Menang Thailand Open