Beberapa hari lalu, ayah Nur Sajat dikatakan sedang berada dalam keadaan kritikal dan perkara itu didedahkan oleh adik kepada usahawan kosmetik tersebut yang dikenali sebagai Mustika.
Mustika mendedahkan di Instagram Story bahawa keadaan kesihatan bapa mereka “semakin teruk” dan Sajat kemudian mengesahkan perkara itu dengan berkata kesihatannya semakin merosot sejak minggu lalu.
Baru-baru ini, Sajat mengadakan sesi ‘live’ di Instagramnya dan ramai netizen mula mempersoalkan sama ada Sajat akan pulang ke Malaysia untuk menziarahi bapanya yang sedang sakit atau tidak.
Sajat yang berusia 37 tahun itu memberi jawapan kepada persoalan tersebut, dalam sesi live itu dia mendedahkan dia telah memutuskan untuk tidak kembali atas beberapa faktor tetapi yang paling utama adalah keselamatan dirinya.
“Saya tidak akan kembali (ke Malaysia). Saya hanya mengikuti perkembangannya dari sini (Australia). Walaupun saya kembali, saya tidak akan dapat bertemu dengannya” katanya.
Dia juga berkata, berkemungkinan besar apabila dia sampai ke Malaysia pihak berkuasa akan menunggunya di lapangan terbang dan dia tidak akan sempat pun bertemu dengan bapanya itu.
Semoga ayah Sajat cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang seperti sedia kala!
Baca: “Tak nak kena tangkap” – Sajat ‘Buka Mulut’ Isu Tak Mengaku Diri ‘Pondan’