in

“I just defense myself” – Viral Video Gad*h Di Kondo, Lelaki Beri Penjelasan Kenapa T*mbuk Pemuda Baju Hitam

mma fighter caprice

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan pergaduhan di antara dua individu yang mana salah seorang daripadanya telah ditumbuk hingga jatuh terduduk.

Pada awal video kelihatan lelaki berbaju hitam seakan-akan membuat provokasi sebelum lelaki berbaju merah naik angin dan melawan hingga kedua-duanya terbabit dalam pergelutan.


Walau bagaimanapun, video yang tular itu tidak mempunyai sebarang penjelasan membuat ramai yang tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku.

cats 11

cats 12

Artikel berkaitan: “Siap ada commentator lagi” – Video Pergaduhan 2 Individu Tarik Perhatian, Netizen Terkejut Tengok Intro

Lelaki baju merah beri penjelasan 

Isu ini kemudian mendapat perhatian rappers dan aktivis sosial, Caprice selepas ada beberapa pihak bertanyakan mengenai hal tersebut kepadanya.

Caprice kemudian mengambil inisiatif dengan menghubungi lelaki yang dikenali sebagai Tony Lim, yang mana dia juga merupakan lelaki berbaju berwarna merah di dalam video tular tersebut.

tony lim dan cap

Menerusi video call berkenaan, Tony menjelaskan bahawa lelaki berbaju hitam itu dipercayai sebagai salah seorang pengawal keselamatan di kondo tempat pergaduhan itu berlaku.

Semua ini didakwa berpunca daripada satu video viral yang memaparkan pengawal keselamatan itu dikatakan bergaduh dengan penduduk di kawasan itu dan melakukan kekerasan terhadap salah seorang penduduk.

gaduh

Namun pada hari kejadian, Tony dikatakan terserempak dengan pengawal keselamatan tersebut yang dilihat sedang menuding-nuding ke arahnya.

Dia kemudian berdepan dengan pengawal berkenaan bersama beberapa orang lagi yang ada di situ untuk bertanya mengapa mereka berbuat sedemikian.

Bos dia kemudian tanya saya, ‘Adakah awak yang viralkan video itu? Adakah awak yang komen di video itu (merujuk kepada video pertama)?’ 

“Saya kemudian mengatakan, saya bukan orang yang viralkan video itu. Saya harap perkara ini tidak akan menjadi isu perkauman,” jelasnya mengenai kejadian itu sebelum perkara tersebut bertukar menjadi pergaduhan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Menurut Tony lagi, individu tersebut kini tidak lagi bertugas sebagai pengawal keselamatan di kondonya dan dia juga hanya mahu membersihkan namanya.

Tony yang juga seorang ahli MMA memberitahu tindakannya di dalam video itu juga hanyalah untuk mempertahankan dirinya sahaja.

Saya hanya mahu mempertahankan diri. Saya harap ia tidak menjadi sesuatu yang melibatkan isu perkauman,” katanya lagi di akhir video.

Apa-apapun, diharapkan isu ini dapat memberi pengajaran kepada semua agar tidak bertindak secara melulu dalam menyelesaikan sebarang masalah. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.