in

“I DON’T TEST SMOKE, ini bukan black market” – Wanita Malaysia Jelaskan Skop Sebenar Kerjanya Di ‘Kebun’ Ganja Dekat USA

Pekerjaganja

KIta semua tahu bahawa ganja di segelintir negara di dunia ini legal untuk tujuan perubatan, jadi pasti juga ada perniagaan ini yang menepati piawaian tertentu.

Ramai yang salah anggap tentang pekerjaan orang yang bekerja di tempat penghasilan ganja tersebut.

Susulan itu wanita kelahiran Sandakan, Sabah, Hannah yang menetap di USA Fawwazah Nasaruddin yang bekerja dalam bidang ini membuat penjelasan tentang skop kerjanya untuk memperbetulkan skeptikal orang yang anggap kerja dalam bidang ini seronok sebab dapat high di tempat kerja.

Ini kerana ada juga yang anggap Hannah  sebagai stoner kerana kerja.

 

Tentang kerja saya sebagai Marijuana Compliance Officer dan pembetulan tanggapan tentang taman dan produk ganja.

96372983 2849113905207703 278989341697507328 O

Saya ada degree dan masters dalam sains komputer, tapi perincian jawatan saya bukan seperti pegawai perubatan atau lab technician.

Saya dipertanggungjawabkan bila lab technician datang untuk memerhati proses pengambilan sampel, yang mereka bawa pergi bangunan lab mereka sendiri untuk di test. P

roses ini pun perlu dilakukan melalui sistem kerana apa-apa hasil ganja tak boleh dikeluarkan dari site/fasiliti sesuka hati..

Banyak steps untuk semua proses di mana saya yang dipertanggungjawabkan untuk selia dan laksanakan. Saya tak kata saya yang test. Saya bukan kerja makmal.

 

 I DON’T TEST SMOKE, tak perlu kaki smoker

96111014 2849136101872150 1378261898708910080 O
Sistem indoor cultivation di tempat kerjanya

Speaking of, I DON’T TEST SMOKE the products we have. Itu bukan kerja saya, dan kalau nak tahu dari 25 pekerja di cultivation site saya ini, cuma 10 orang pengguna ganja medical/rekreasi. Bos dan saya bukan pengguna.

Untuk makluman, tak perlu kaki smoker atau jadi pengguna untuk kerja dalam bidang ini. Ini semua pun minat saya, dan tahun lepas ketika saya masih menggunakan untuk kawal depression saya. Out of respect of my job and myself, you can stop calling me a stoner because I am not. Muka saya ada senyum sebab saya memang suka senyum, bukan sentiasa high. Muka masam takda siapa suka.

 

Ramai yang tanya boleh tak nak dapatkan kerja kosong. Jawapannya….

96296340 2849137838538643 6611302004079722496 O
Pokok ghost train haze dengan bunga/nug yang besar.

Untuk rakyat Malaysia yang bukan pemastautin atau PR USA ialah tak boleh. Among job requirements include being 21 years and above, SUDAH ADA AGENT ID, setahun pengalaman dalam industri, dan kefahaman sistem Metrc.

Ya waktu saya dilantik majikan saya belum ada agent ID kerana saya cuma kerja sebagai bookkeeper. Kursus nya banyak. Selain itu kalau mohon jawatan seperti saya, ketika permohonan online kena jawab soalan contohnya adakah anda warganegara AS atau pemastautin? Kalau jawab tak maka tak boleh advance ke page seterusnya apatah lagi untuk mohon.

Dalam permohonan sama juga mereka akan tanya soalan matematik dan sebagainya, macam mini test. Test dia kalau takda marijuana knowledge atau interpersonal skills memang tak boleh jawab.

Ramai juga tanya saya macamana saya boleh dapat kerja dalam industri? Saya dapat Status pemastautin AS sejak 2014 melalui perkahwinan saya dengan warga AS.

Bila dapat status PR automatik dibenarkan kerja di AS, dan hak PR sama dengan warganegara AS KECUALI hak mengundi. Jadi kalau anda PR dan bekerja di sini, anda akan dilayan sama seperti pekerja warganegara.

Selain itu Hannah untuk ada menjelaskan perincian tentang ganja dan menurutnya pekerjaannya ini bukanlah bidang dalam perniagaan ‘bawah tanah’. 

Malah kualiti ganja yang selalu dijual di Malaysia jauh beza sekali dengan di USA. Hannah juga ada menjelaskan setiap perincian tentang ganja-ganja yang ada untuk fahaman anda.

Baca untuk sekadar menambahkan ilmu pengetahuan di sini.

https://www.facebook.com/hannahonearth/posts/2855035464615547

 

Baca : “Bangga mendadah?” -Gadis Dedah Hisap Ganja Boleh Kurangkan Sakit Senggugut Semasa Period?

Penawarganja

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook