in

Hujan Turun Tak Henti-Henti, Paras Air di Sungai Klang & Sungai Gombak Kini Di Paras Bahaya

hujan lebat banjir sg klang gombak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan sejak dari malam semalam lagi, hujan dilihat turun di beberapa kawasan dekat Semenanjung dan juga Sabah serta Sarawak tak henti-henti hingga menimbulkan kegusaran orang ramai akan berlakunya banjir.

Susulan dari fenomena ini, awal pagi tadi, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah memuat naik amaran berkaitan dengan aras air sungai di sekitar Lembah Klang.


Menerusi perkongsian Facebooknya sekitar jam 6.30 pagi, paras air di Lembangan Sungai Klang, Sub Lembangan Sungai Gombak dan Stesen Sungai Gombak di Jalan Tun Razak dalam peringkat bahaya di paras 31.21 meter.

https://www.facebook.com/ustaztitm/posts/pfbid0b5WpaJLta3rh4o6chve7zUTbkSreWACf5GmxXf6ri4tTWJvXTTB9Y2UMWBh6FPbtl

Beliau juga sempat memberi peringatan kepada warga kota untuk berhati-hati memandu ke tempat kerja kerana hujan lebat di beberapa kawasan seperti Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turun pada pagi ini.

Bagaimanapun, menurut Astro AWANI, setakat jam 8.15 pagi tadi, berdasarkan laporan air di laman web rasmi Infobanjir, Sungai Gombak masih diperingkat amaran dengan aras air sungai 31.48m.

Sementara itu, Sungai Klang di Jambatan Tun Perak, berada di peringkat amaran dengan aras air 29.21m dan Sungai Klang di Leboh Pasar pada peringkat waspada dengan aras air 28.54m.

GOMBAK KLANG 1665533521

Orang ramai juga sempat berkongsi video keadaan Sungai Klang berdekatan Masjid Jamek yang kelihatan makin meningkat paras airnya.

Selain itu, aras air di Sungai Long Teru, Miri, Sarawak pula telah melebihi tahap bahaya dengan aras air 8.08m.

Orang ramai yang ingin mendapatkan info lanjut mengenai banjir boleh saja ke portal InfoBanjir untuk makluman dari semasa ke semasa.

Hati-hati di jalan raya kerana jalan agak licin pagi ini dan waspada dengan paras air di kawasan rumah anda ye. 

Baca: “Haiwan boleh tahu” – Orang Ramai Kaitkan Gajah Naik Ke Tempat Tinggi Dengan Kemungkinan Banjir?

gajah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.