Pemilik bisnes kebiasaannya akan membawa keistimewaan mereka tersendiri dalam produk atau servis yang ditawarkan. Ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan dan bersaing dengan pesaing yang lain.
Pasti anda pernah dengar atau lihat restoran yang berkonsepkan taman dan dipenuhi dengan bunga serta tumbuh-tumbuhan. Malah, ada juga kafe yang berkonsepkan seperti perpustakaan, bertujuan untuk menarik pelanggan yang gemar membaca.
Lebih unik, sebuah hotel di Vietnam menawarkan bilik yang berkonsepkan penjara. Reka bentuk dan peralatan di dalam bilik yang ditawarkan pula kelihatan agak pelik dan unik daripada hotel biasa.
Hotel dengan nama Honey Houses ini bukan sahaja menawarkan rekaan bilik ala-ala penjara, malah pihak hotel juga akan menyediakan alatan unik buat para pelanggan mereka.
Amboi, siap ada gari. Main ‘police and thief went to jungle’ ke tu?
Harga yang ditawarkan oleh Honey Houses juga dilihat sangat berpatutan. Sebuah bilik dengan kapasiti dua orang untuk dua hari dan satu malam hanya berjumlah RM104 sahaja.
Buat anda yang bakal bercuti ke Vietnam dan mahukan kelainan dalam percutian, boleh cuba tinggal di Honey Houses ni. Tapi pastikan anda tidak buat salah sebelum masuk ke bilik, nanti kena gari!
BACA: Naik 6kg Dalam Masa Sebulan, Gadis Ini Kongsi Tips Naik Berat Buat Mereka Yang Kurus