in

Hospital Melaka Diarah Siasat Kes Tangan Bayi Bengkak & Bernanah Selepas Dicucuk

tangan bayi bengkak bernanah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular sebuah kes di media sosial yang mendakwa tangan seorang bayi bengkak dan bernanah sehingga memerlukan pembedahan selepas kakitangan kesihatan di sebuah hospital memasukkan jarum.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Hospital Melaka ketika bayi itu mendapatkan rawatan bagi demam campak (chicken pox).


hm1

Menurut laporan Kosmo!, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, pihaknya telah pun menghubungi Pengarah Hospital Melaka, Dr. Zaharimah Abdul Kadir berhubung dakwaan tersebut dan meminta agar satu siasatan dijalankan.

“Saya ada membaca media sosial mengenai dakwaan Encik Mohamad Izwan terhadap Hospital Melaka. Saya sebagai Exco Kesihatan mengarahkan Pengarah Hospital Melaka membuat siasatan tentang perkara ini,” katanya.

Perkara itu tular selepas seorang pengguna Facebook dengan nama Mohamad Izwan berkongsi gambar tangan anak saudaranya yang bengkak selepas mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

hm2

Dia mendakwa perkara itu berlaku selepas 11 hari mendapatkan rawatan dan lebih merisaukan, pihak hospital memaklumkan pembedahan perlu dilakukan bagi membuang nanah di bahagian tersebut.

Baca: Ibu Luah Rasa Terkilan Dengan Klinik Kesihatan, Anak Meninggal Lepas 21 Kali Cirit-birit

Anak Meninggal Cirit Birit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.