in

“Hingga hari ni langsung tak contact” – Bella Astillah Maafkan Ruhainies, Tapi Tak Boleh Lupakan Kisah Hitam

Bella Maafkan Ruhainies

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Bella Astillah tidak mahu menyimpan dendam dan terbuka hati untuk memaafkan rakan baik sendiri, Ruhainies walaupun hatinya hancur dengan apa yang berlaku ketika ini.

Susulan kontroversi suaminya, Aliff Aziz ditangkap berkhalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium Sabtu lalu, Bella telah menfailkan permohonan cerai terhadap Aliff dan prosiding pertama sepatutnya berlangsung semalam.


Memetik laporan mStar, Bella memaklumkan Ruhainies sehingga ke hari ini masih tidak menghubunginya. Namun Bella enggan memanjangkan isu dan memaafkan perbuatan sahabatnya itu sempena bulan Ramadan yang mulia.

Artikel berkaitan: Bella Astillah Hadir Mahkamah Untuk Sebutan Cerai, Tak Letak Syarat Kalau Aliff Aziz Nak Jumpa Anak

Artikel berkaitan: “Terima kasih kerana memahami” – Bella Astillah Jumpa Produksi, Tarik Diri Berlakon Dengan Ruhainies & Suami?

Screenshot 2024 03 14 101029

“Sehingga ke hari ini, pelakon wanita tersebut langsung tak ada tanya apa-apa atau pun contact saya tapi saya tak nak panjangkan isu dan maafkan beliau,” ujarnya.

Ditanya mengenai hubungan persahabatan, Bella berkata dia boleh memaafkan namun sukar untuk melupakan.

Dalam pada itu, Bella berkata dia tidak menyangka rakan baiknya sanggup melakukan perkara sebegitu.

“Saya ni seorang yang sangat sayangkan kawan. Semua orang tahu, tak sangkalah. Ini unexpected sebab dekat set (penggambaran) saya sangat baik dengan dia,” katanya.

Ujarnya, perkara yang terjadi ini menjadi satu pengajaran buatnya dan berharap orang ramai juga boleh mengambil iktibar.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.