in

“Hinaan mendoakan suami saya lumpuh itu melampau” – Eyra Hazali Kecewa Haziq Nadzli Dihina Susulan Kekalahan Harimau Malaya Kepada Thailand

Haziq Nadzli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, peminat bola sepak terpaksa menyaksikan kekalahan Harimau Malaya yang tewas kepada pasukan Thailand dalam perlawanan peringkat Kumpulan A Piala Asean di Bangkok.

Malaysia kalah 0-1 menentang Thailand dan kekalahan ini telah menyebabkan ramai netizen yang menghentam penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli kerana dikatakan menjadi punca kepada kekalahan tersebut.


8 3

Isteri Haziq, Eyra Hazali yang juga seorang pelakon terkilan apabila ada sesetengah peminat bola sepak yang marah  sehingga mendoakan suaminya itu lumpuh selepas tewas kepada Thailand malam tadi.

Artikel berkaitan: Berjaya Naikkan Ranking Harimau Malaya, Hannah Yeoh Sedih Kim Pan Gon Letak Jawatan

Artikel berkaitan: Seri 3-3 Dengan Korea Selatan, Bukan Pencapaian Terbaik Harimau Malaya! Ini 5 Kisah Gemilang Skuad Negara

Eyra berkongsi kekecewaan itu menerusi Instagram Story malam tadi.

WhatsApp Image 2024 12 15 at 12.26.57 PM

Menurut Eyra, mereka boleh terima kritikan atau makian yang dilemparkan namun hinaan yang melibatkan anak-anaknya dan hinaan mendoakan suaminya itu lumpuh adalah melampau.

Dia turut mendoakan agar kata-kata hinaan yang dilemparkan kepada mereka itu tidak akan berbalik kepada individu tersebut.

Dalam masa yang sama, Eyra turut mengatakan bahawa dia dan keluarga akan tetap menyokong Haziq.

Kalah menang tu kan adat pertandingan, tak perlulah libatkan ahli keluarga atlet atau doakan yang tak baik kepada atlet yang bertanding. 

Sumber: Instagram Eyra Hazali, Sinar Harian

Sumber: famalaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.