in

“Hilang sudah kesakitannya” – Kes Keropok Beracun, Adik Pula Meninggal Dunia

luth meninggal dunia keropok beracun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja kita bersedih apabila membaca dan mengikuti berita berkaitan dua beradik termakan keropok yang dicampur racun tikus, yang mana si abang iaitu Muhammad Akil Syauqi, 3, meninggal dunia pada 10 Julai lalu.

Sebentar tadi, dilaporkan seorang lagi mangsa, Muhammad Luth Syauqi berusia 2 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang.


Memetik sumber Harian Metro, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam 1.24 petang tadi.

Artikel berkaitan: “Ibu reda kalau abang nak pergi” – Mangsa Keropok Beracun Hembus Nafas Terakhir Di Sisi Ibu

Artikel berkaitan: http://Kes Keropok Beracun: Lelaki Dipercayai Pemilik Kebun Direman 6 Hari Untuk Bantu Siasatan

makan jajan beracun

“Luth sudah meninggal dunia kira-kira jam 1.24 tengah hari tadi, hilang sudah kesakitannya.

“Jenazahnya dijangka dikebumikan Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah berhampiran pusara abangnya,” kata Nurain, ibu kepada dua mangsa keropok beracun.

Menurut sumber, jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya.

Rabu lepas, abang mangsa yang turut termakan keropok beracun terbabit meninggal dunia di HPP selepas bertarung nyawa selama 4 hari.

Semalam, seorang lelaki ysng dipercayai pemilik kebun ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.