in

“Hilang satu ‘permata’ di Bako” – Batu Ikonik ‘Sea Stack’ Taman Negara Bako Runtuh

ft sea stack taman negara bako

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu tunggul yang dikenali sebagai ‘Sea Stack’ yang merupakan ikon kepada Taman Negara Bako, Sarawak runtuh baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang petunjuk arah memaparkan kawasan yang sepatutnya mempunyai tunggul berkenaan hanya tinggal batuan selain tidak langsung menunjukkan bentuknya yang ikonik seakan-akan ular tersebut.


Dikenali sebagai ‘Sea Stack’, ianya merupakan tunggul yang ikonik di Taman Negara Bako tersebut dan menjadi hentian ‘wajib’ para pengunjung yang memasuki taman negara berkenaan dan ia juga dianggap sebagai salah satu khazanah geologi negara.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah turut mengesahkan batu tunggul yang terkenal di perairan Taman Negara Bako tersebut telah runtuh.

Menurutnya, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation (SFC), Abang Arabi Abang Aimran dan berasa sedih apabila mengetahui batu tunggul atau sea stack itu telah sampai ke hujung hayatnya dan jatuh ke laut.

109806879 157691605835305 1264262534721494868 n

Tambah Abdul Karim lagi, batu tunggul itu adalah salah satu tarikan di Taman Negara Bako dan ianya menjadi lokasi wajib untuk para pelancong merakam gambar.

Merujuk kepada beberapa laman web, pembentukan batu tunggul tersebut adalah kesan daripada pergerakan gelombang ombak laut selama beratus-ratus tahun.

Artikel berkaitan : “Perlukan 8-10 orang lelaki untuk kawal”- Warganet Terkejut Tengok Saiz Sebenar Orang Utan Dewasa

Artikel berkaitan : Ini 5 Tempat Di Asia Tenggara Yang Tersenarai Dalam UNESCO, Rugi Kalau Tak Pergi!

Dalam pada itu, punca runtuhan dipercayai adalah secara semula jadi dan menerusi beberapa komen pengguna media sosial, berlakunya ombak kuat beberapa hari kebelakangan ini di kawasan tersebut dan berkemungkinan itu menyebabkan tunggul tersebut runtuh.

Pun begitu, walaupun ikon tersebut runtuh, Abdul Karim yakin ia tidak akan menggugat populariti Taman Negara Bako kerana terdapat pelbagai lagi tarikan semula jadi di kawasan tersebut.

Sumber : Facebook | TVS

Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.