Memang ada segelintir orang yang suka membuat inovasi makanan sama ada ia diubah sedikit atau digabungkan dengan makanan lain sehingga menjadi hidangan yang pelik. Bahkan hidangan sebegitu dijual oleh beberapa peniaga di restoran mereka.
Ada orang buat ramen durian?
Satu video yang tular di X semalam menunjukkan satu hidangan aneh yang dijual di sebuah restoran makanan Jepun yang terletak di Petaling Jaya. Makanan itu adalah ‘Ramen Durian’ yang turut dihidang bersama kulit durian.
Artikel berkaitan: “Sikit hari lagi jadi roti canai” – Lepas Cromboloni, Kini Viral Pula Pastri Baru Dipanggil ‘Cronyek’
Artikel berkaitan: “Bukan macam tu” – Netizen Terkedu Tengok Pelancong Buat Mukbang Makan Kulit Durian Cecah Sambal
Sama seperti kebiasaan ramen, makanan itu masih ada beberapa bahan seperti mi ramen, kuah dan protein namun dimasukkan juga isi durian di dalam kuah tersebut. Selain itu, ia turut dihiasi dengan daun bawang untuk kelihatan lebih cantik dan menarik sebelum dihidang kepada pelanggan.
Menu tersebut dijual dengan harga RM40 dan pelanggan boleh menikmati rasa sup ramen yang dimakan bersama isi durian.


Lihat video di sini:
Sedapnya..?pic.twitter.com/dQLA2lJ8Be
— JaIal Misai (@jllmisai) July 3, 2024
“Kalau dulu semua letak cheese”
Di ruangan balas hantaran itu, ramai netizen berasa pelik dan kembang tekak setelah melihat inovasi makanan itu. Mungkin juga sekarang ini adalah musim durian, jadi pemilik restoran mahu membuat kelainan mengikut musim.
Malah, ada yang menyamaratakan ‘perangai’ sesetengah peniaga yang sebelum ini suka menggabungkan keju dalam apa-apa masakan.
Pun begitu, cara makanan itu dihidangkan dalam kulit durian diterima oleh segelintir netizen.
Fuh lain macam ye ramen durian ni!
Sumber: X