Sebuah filem dari negara jiran kita, Indonesia pernah menjadi fenomena sekitar tahun 2013 lalu. Filem yang dimaksudkan ialah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang merupakan adaptasi novel karya Hamka.
Pelakon yang menjayakan filem itu termasuklah Pevita Pearce yang memegang watak Hayati serta Herjunot Ali yang memegang watak sebagai Zainuddin.
Artikel berkaitan: Prabowo Subianto Angkat Sumpah Sebagai Presiden Indonesia Kelapan
Artikel berkaitan: Kecoh Protes Besar-Besaran Sampai Selebriti Pun Turun Padang, Ini Apa Yang Sedang Berlaku Di Indonesia Sekarang!
Tiada angin, tiada ribut, pelakon Pevita Pearce berkongsi dia kini sudah bergelar seorang isteri dalam satu hantaran di media sosial miliknya semalam.
View this post on Instagram
Lebih mengejutkan, Pevita bernikah dengan ahli perniagaan yang juga anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Mirzan Meer.
Dalam majlis pernikahan yang diadakan di Kuala Lumpur serta dihadiri keluarga dan teman terdekat itu, kedua-dua mempelai anggun menggayakan busana berwarna putih mengikut konsep dan adat Melayu.
Menurut laporan Kosmo!, pelakon berusia 32 tahun itu menerima mas kahwin sebanyak 10 dinar secara tunai.
Tahniah!