Sikap rakyat Malaysia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat masih tak berubah walaupun dah masuk tahun 2024.
Hal ini dibuktikan menerusi satu video TikTok daripada Alam Flora yang memaparkan kegigihan pekerja mereka dalam mengutip sampah-sampah di atas jalan raya dekat kawasan Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.
Artikel berkaitan: “Beli tiket mahal tapi..” – Sampah Berlonggok Atas Jalan, Pengunjung Konsert Coldplay Dikecam Netizen
Artikel berkaitan: Hampir 20 Tan Sampah Dikutip Selepas Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya – Alam Flora
Anggaran kutip 3.06 tan sampah terkumpul pada malam tahun baru
Menerusi video berkenaan, dipaparkan pekerja-pekerja dari Alam Flora ini mengutip sampah sarap di sekitar jalan raya dan menyorong beberapa tong sampah hijau untuk mengumpul sampah-sampah berkenaan.
Ada di antaranya bertugas menggunakan waterjet dan penyapu sampah dalam membersihkan jalan besar di Dataran Merdeka.
Seramai 128 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi dilaporkan bertugas seawal jam 12 tengah malam dan Alam Flora menganggarkan sebanyak 3.06 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan tahun baru itu.
@alamflorasdnbhd Alam Flora menganggarkan 3.06 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan tahun baru di kawasan Kuala Lumpur semalam. Seramai 128 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora telah menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal jam 12 tengah malam. Kawasan yang terlibat untuk kerja-kerja pembersihan ialah KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka. #JomRawatBumi #AlamFlora #PembersihanTahunBaru2024 #EnhancingLifeEnrichingCommunities #fyp #masukberanda
“Kamu semua adalah hero sebenar”
Video berkenaan telah menerima komen positif dari netizen yang memuji pekerja-pekerja Alam Flora yang gigih melakukan pekerjaan walaupun sudah lewat malam.
Malah ramai juga menegur sikap pengunjung malam ambang tahun baru yang tidak menjaga kebersihan setempat, malah sikap ini tidak berubah pada setiap tahun.
Dah tahun baru ini harap-harap kita amalkanlah sikap buang sampah di tong sampah. Semoga ia menjadi teladan buat semua.
Sumber: TikTok