Rendang, sate, lemang, kuah kacang, nasi himpit, wajik dan dodol merupakan antara makanan istimewa yang sering dihidangkan ketika majlis rumah terbuka ketika hari raya.
Namun, mesti ramai antara kita yang mengalami kesulitan untuk membuka buluh lemang. Ada yang guna pisau untuk buka buluh lemang tu tapi cara tersebut agak berbahaya. Kalau salah potong, cedera tangan nanti.
Jangan risau, sebab seorang pengguna X (Twitter) yang dikenali sebagai MerchantofMilan ada berkongsikan cara mudah untuk membuka buluh lemang tanpa menggunakan pisau pun.
Kepada yang bertugas bukak lemang, takyah sesusah guna pisau nak belah buluh. Hentak dan pepak je cmni. Hehe. Selamat hari raya!! pic.twitter.com/yqwA2c1j7X
— ☘️antara? (@MerchantofMilan) April 9, 2024
Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Rasa Kecewa Lepas Cuba Bantu Peniaga Lemang ‘Sendu’, Rupa-Rupanya…
Artikel Berkaitan: Ini 7 Hidangan Semasa Aidilfitri Dari Serata Dunia Yang Bikin Kecur Air Liur
Dalam video yang berdurasi selama 36 saat itu, dapat dilihat dia menggunakan lesung batu untuk mengetuk buluh lemang itu di sekeliling bahagian hujungnya
Setelah diketuk, dapat dilihat buluh tersebut telah dapat dibuka dengan mudah.
Selain itu, ada juga seorang warganet lain yang turut berkongsikan cara membuka buluh lemang tanpa perlu menggunakan lesung batu kerana dia menekan buluh lemang terbabit dengan tangan.
Setelah itu, buluh tersebut dapat dibuka dengan mudah, cuma cara ini memerlukan tenaga yang kuat la kan. Kalau korang seorang yang tak begitu kuat, cara ni macam susah juga sebab kena guna tekanan.
Ada cara lagi senang. https://t.co/Lfygi4JSpl pic.twitter.com/I2KE5Fadwe
— Zikri M. (@amirulzkri) April 10, 2024
Korang pula guna kaedah dan alat apa untuk buka buluh lemang?
Sumber: X @MerchantofMilan