Khairul Aming merupakan influencer yang telah berjaya menambat hati para netizen, cara perniagaannya juga menjadi inspirasi ramai.
Pemilik perusahaan Sambal Nyet itu hari ini menjadi bualan ramai lagi apabila video masakannya disedari oleh cef ternama dunia, Gordon Ramsay, cef yang mempunyai 17 Michellin Stars itu menggunakan platform TikTok untuk duet videonya bersama Khairul Aming.
Dalam video itu, Gordon Ramsay memberi respon kepada masakan Burnt Sugar Pudding, Khairul Aming yang diinspirasikan dari resepi cef ternama itu.
guysss Gordon Ramsay duet video masak sayaaaa 🥹🥹🥹 pic.twitter.com/XjHCUHD5Uz
— Khairulaming (@khairulaming) May 17, 2023
“Awak patut dapatkan sudu yang lebih besar untuk Krismas, sudu itu terlalu kecil!” katanya.
Cef yang popular dengan siri Hell’s Kitchen itu memuji cara masakan Khairul Aming namun bergurau tentang saiz sudu kayu ikonik influencer tersebut.
Gordon Ramsay juga memberitahu di awal video bahawa dia sangat sayangkan negara kita dan bakal berkunjung ke Malaysia dalam minggu hadapan.
“Bangganya!”
Netizen memberikan respon yang positif dalam video duet itu, rata-rata netizen berbangga dengan pencapaian Khairul Aming serta memujinya.
Power betul lah Khairul Aming ni!
Baca: Sanggup Bawa Laptop Masuk ‘Toilet’, Khairul Aming Gigih ‘Que’ Untuk Tiket Coldplay