in

“Hawaww kau!” – Tokti Terkejut Kena ‘Maki’ Dengan Seller Face Shield, Rupa-rupanya…

Mother

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat admin nafikan bahawa sesetengah daripada kita mesti pernah berhadapan dengan situasi seller yang biadap dan tak bertanggungjawab. Tapi kalau level-level kita rakyat marhaen ni, tak peliklah kan bila berhadapan dengan situasi macam tu.

Cuba kalau yang terkena kes seller biadap ‘bermulut puaka’ ini ialah penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Haa biar betul! Siapa yang berani biadap dengan bonda ratu kesayangan ramai ni kan? 


Tenor 1

 

Seller IG panggil Tokti ‘m*therf*cker’?

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau baru-baru ni ada membeli face shield dekat satu IG shop yang terkenal.

Namun apa yang mengejutkan ialah seller tersebut menyapa Tokti dengan panggilan yang tak menyenangkan. Adoi! Boleh pulak dia panggil ‘m*therf*cker’ kat Tokti kiterrr!

Fu

 

Pun begitu nasib baiklah Tokti jenis tak cepat melatah. Rupa-rupanya sapaan macam tu memang normal bagi seller tersebut sebab ini cara dia membuat marketing. Uish ganas cara dia marketing.

Ed 5Yayuwaecaz6

Malah selepas admin buat siasatan, rupanya seller tu bukan seller local tetapi seller dari luar negara. Patutlah dia tak kenal dengan Tokti dan selesa dengan sapaan ganas macam tu.

Image From Ios 4

 

“Kan dah kena HAWAWWWW tu” 

Rata-rata netizen di Twitter memang agak terkejut sikitlah dengan cara sapaan seller tersebut terhadap Tokti tapi kebanyakannya memang gelak habis dengan reaksi comel Tokti. Tak marah pun tapi cukup sekadar ‘hawau’ kan je seller tu. Hiks! 

Hhihi

Mujurlah walaupun seller ni biadap tapi barangnya sampai jugak ye ke tangan pembeli. Heh! 

Baca: “Kaweh dah cakak lepeh dah ni” – TokTi Beri Nasihat Tentang Covid-19 Dalam Dialek Pahang

Tokto

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.