Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kebanyakannya ramai yang hilang pendapatan kerana tidak boleh keluar untuk pergi bekerja. Ekoran daripada itu, sumber bekalan makanan juga semakin berkurangan.
Ramai individu yang berkemampuan tidak melepaskan peluang ini untuk membantu golongan yang susah dan tidak dapat menjana pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Melalui posting Instagram Zulkifli atau dikenali sebagai Zul Yahya,dia telah menyumbang bekalan makanan kepada golongan non-muslim yang terjejas berhubung dengan PKP ini.
Dia meyumbang bekalan makanan seperti beras, telur dan bekalan yang lain kepada golongan berkenaan
“Hati orang beriman perlu sentiasa terisi dengan nilai kasih sayang dan berusaha belajar mempunyai sikap keprihatinan terhadap seluruh manusia”
Itulah yang diungkapkan oleh pelakon dan pelawak Zul Yahya menerusi akaun Instagram miliknya.
Rata-rata netizen terharu dengan sikap keprihatinan pelakon itu terhadap orang lain walaupun berlainan bangsa dan agama.
Terus sebarkan kebaikan
Semoga syurga untuk tuan
Respect and salute
Baca : “Begini baru lah netizen boleh contohi” – Zul Yahya Sedekah Lauk Setiap Hari Ketika Musim Covid-19