Dah nak dekat dengan raya ni, pastinya orang ramai sudahpun membuat persediaan dengan membeli baju raya, kuih, kelengkapan rumah dan macam-macam lagi bagi memeriahkan lagi suasana hari raya.
Lebih menarik, sekarang ini segalanya dah mudah dengan adanya pelbagai laman web e-dagang mahupun media sosial yang menjual pelbagai barangan keperluan hari raya nanti.
Pun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya waspada dan berhati-hati kerana baru-baru ini, Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengingatkan orang ramai tentang penipuan dan scam melibatkan jualan baju raya secara atas-talian, secara khususnya melalui media sosial.
Menurut infografik yang dikeluarkan KPDN tersebut, scammer licik ini akan membuat satu halaman atau page palsu di media sosial seperti Instagram ataupun Facebook sebelum membuat iklan tentang promosi baju raya dengan murah.
Selepas itu, mangsa yang tertarik dengan iklan tersebut sudah tentu akan membuat bayaran dan apabila pembayaran dibuat, ianya adalah kepada akaun perseorangan dan bukannya syarikat.
Kemudian, mangsa yang belum menerima parcel sudah tentu akan menghubungi scammer berkenaan dan ketika inilah mereka akan mengenakan mangsa dengan memaklumkan bahawa ada sekatan penghantaran mangsa.
Mangsa akan diminta untuk membuat pembayaran tambahan dan dijanjikan pulangan selepas parcel tersebut diterima.
Biasanya, selepas menerima bayaran daripada mangsa, scammer akan menyekat mangsa dan mereka ini akan menukar identiti lain di media sosial.
Menurut pemerhatian min di bebenang Twitter tentang scam baju raya ni, ramai yang berkongsi pengalaman buruk mereka dan menurut mereka ada juga scammer licik yang menggunakan gambar dari butik-butik terkenal atau kononnya mereka adalah dropshipper kepada satu-satu jenama.
Sehubungan itu, orang ramai diminta berhati-hati ketika melakukan pembelian atas talian, termasuk menyemak terlebih dahulu maklumat perniagaan selain memastikan perniagaan tersebut berdaftar dengan SSM.
Baca : Terpedaya Hingga Lesap Puluhan Ribu Ringgit, Wanita Dedah Taktik ‘Scammer’ Kerja ‘Part Time’