in

Hati-hati Scammer ‘Part-time Job’! Lelaki Dedah Kena Scam RM16K Lepas Ditawar Komisen Lumayan

Scammer Part Time Job

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak masuk bulan Ramadan dan kemudian Syawal tidak lama lagi ni, ramai di antara kita pastinya sedang mencari part-time job untuk menambah pendapatan.

Duit part-time yang korang dapat tu boleh buat modal beli baju raya, duit raya dekat anak buah dan tambang perjalanan pulang beraya nanti kan?


 

Lelaki rugi RM16,000 gara-gara buat part-time job?

Namun dalam mencari part-time job yang sesuai, harapnya korang berhati-hati sebab takut kena scam macam perkongsian dari Twitter @aboiii98 ni.

Menurutnya, dia telah kehilangan RM16,000 sehingga habis duit simpanan dan pinjam dari orang sekeliling pula.

Semuanya bermula pada Isnin lepas (14 Mac 2022) apabila dia telah terjumpa satu iklan di Facebook yang menawarkan kerja separuh masa dengan komisen yang tinggi.

Dia kemudian menghubungi individu bernama Sophia di WhatsApp untuk bertanya dengan lebih lanjut akan pekerjaan tersebut sebelum diberi beberapa tugasan yang perlu dia lakukan untuk dapatkan wang komisen yang dijanjikan.

 

Kena beli barang dari Shopee dan dapat komisen tapi… 

Menurut mangsa, tugas pertama yang dia perlu buat ialah membeli beberapa produk di aplikasi beli-belah Shopee dan dijanjikan untuk mendapat keuntungan sebanyak 10% dari hasil pembelian.

Dia hanya perlu ‘add to cart’ barang-barang tersebut dan hantar screenshot pada admin berkenaan. Kemudian dia kena transfer pula jumlah wang barang-barang berkenaan kepada nombor akaun yang diberikan.

Untuk task pertama dan kedua, mangsa mendapat semula modal dan komisen yang dijanjikan sebanyak RM41.50.

 

Dah buat 6 transaksi, tiba-tiba ‘system down’ 

Untuk tugasan yang ketiga, dia perlu membuat sebanyak enam transaksi ke nombor akaun yang diberikan dan berjaya selesaikan task tersebut walaupun dah lebih masa.

Mangsa kemudian minta refund wangnya kembali tetapi dia pula diminta bayar penalti sebanyak RM3299. Wuish banyak tu!

Bila dah bayar, tiba-tiba admin tu pula cakap ‘system down’ pula dan mereka kena tunggu keesokan harinya untuk refund wang milik mangsa. Bermula dari sini mangsa dah sedar dirinya ditipu dan membuat laporan polis.

Nah ini pula laporan polis mangsa. Korang boleh baca cerita penuh mangsa kat sini:

Fn8 Tdnamamj2Ia

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang pernah menerima nasib yang sama dan ada pula yang hingga ke tahap menerima mesej dari admin ‘part-time job’ itu sendiri untuk ditawarkan kerja.

Walau bagaimanapun, isu ini sebenarnya sudah pun dijelaskan pihak Shopee sebagai satu penipuan dan meminta para pengguna untuk tidak melayan mana-mana mesej sama ada daripada WhatsApp, Facebook, Instagram atau platform lain yang mencurigakan jika ia menawarkan pekerjaan.

Taktik ini katanya digunakan untuk memperdaya mangsa dengan memberi ‘reward’ terlebih dahulu sebelum menjerat mangsa memberi lebih banyak wang untuk ditipu.

Shopee

So hati-hati ye korang! Jangan terpedaya dengan tipu-tipu scammer ni. 

Baca: “Dah dah lah tu” – Netizen Minta Scammer Berhenti Tag Kat IG Konon ‘Menang’ iPhone

Iphone

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.