Banyak perkara yang tidak terjangka boleh berlaku dalam sekelip mata, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hal kecemasan.
Terbaru, seorang doktor berkongsi di X, pengalamannya menyambut bayi di dalam sebuah lori treler di tepi lebuh raya.
Artikel berkaitan: “Rezeki bayi awak” – [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Permaisuri Agong Usap Perut Ibu Mengandung
Artikel berkaitan: Isteri Terberanak Dalam Triton Masa ‘Jammed’, Suami Jadi ‘Bidan Terjun’ Sambut Kelahiran Anak
Dalam perkongsian @alepzaki itu, difahamkan kejadian itu berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) KM 121 menghala Kuantan.
Beranak dalam lori di lebuhraya.
Pengalaman perkhidmatan.
Dapat panggilan ada kes nak bersalin dalam lori, lokasi LPT KM 121 hala Kuantan. Maklumat pasal ibu minimum. Sepanjang persiapan di klinik, 2-3 kali senarai semak barang-barang kerana expect the worst. pic.twitter.com/5nuQ5rBUsa— Aliff Zaki (@alepzaki) October 18, 2023
Doktor itu menyatakan perasaan mereka ketika itu sangat cemas selepas menerima panggilan kecemasan tersebut memandangkan informasi berkenaan si ibu sangat minima.
“Memanjat lori bersaiz Optimus Prime, nampak dua susuk tubuh terbaring. Si ibu pejam mata dan ada jasad kecil dicelah kangkang.
Hati dah berdebar. Aku tegur si ibu, ‘puan, boleh dengar saya cakap? Buka mata boleh’. Si ibu buka mata dan sahut ‘ye dengar’. Hati lega,” tulisnya.
Tidak terhenti di situ, situasi bertambah genting apabila bayi itu kelihatan tidak bergerak, apabila doktor itu cuba menjentik dan memegang kaki bayi tersebut baru ada tangisan kecil, lalu barulah kumpulan penyelamat itu berasa lega.
Selesai tugas menyelamatkan selesai, kumpulan penyelamat itu membersihkan serta melakukan modus operandi biasa selepas melahirkan sebelum dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Doktor berkenaan menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang akan diingati sepanjang hayat, dia juga berterima kasih kepada pihak LPT, polis trafik serta kumpulan kecemasan.
Sumber: X