Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diasaskan oleh YB Syed Saddiq telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM51,145.92 dalam tempoh sehari.
MUDA dalam satu kenyataan memberitahu, kempen #TolongBantuMahasiswa ini adalah adalah hasil kerjasama antara parti MUDA dan Pertubuhan Solidaritas. Sasaran awal mereka hanyalah mahu mengumpul RM50,000, namun mereka tidak menyangka hasil kutipan berjaya mencapai jumlah yang ditetapkan dalam tempoh tiga jam lebih sahaja.
Yeay!
Sasaran kutipan RM50,000 atau lebih tepat RM51, 145.92 berjaya dicapai dalam masa 3 jam sahaja!
Kutipan sudah DITUTUP.
Terima kasih semua penderma. Orang Malaysia memang power! pic.twitter.com/AQ52FZksTJ
— Parti MUDA (@partimuda) October 2, 2020
“MUDA dengan Solidaritas akan membuat kutipan untuk mahasiswa yang terkesan. MUDA juga akan membuka talian komunikasi dengan semua mahasiswa yang terjejas dan akan bantu sedaya-upaya mencari jalan penyelesaian. Hubungi kami dengan segera. #TolongBantu”
Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu mahasiswa yang terjejas dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam. Selepas pengumuman KPT dibuat, rata-rata mahasiswa kurang senang dengan arahan tersebut kerana banyak urusan yang perlu dilakukan ekoran mereka sudahpun membayar rumah sewa dan tiba di pusat pengajian.
Memetik kenyataan MUDA, proses pembayaran sumbangan kepada para pelajar yang memerlukan akan bermula pada hari ini. Buat anda yang tersepit dan memerlukan bantuan kewangan, boleh hubungi nombor yang tertera dalam gambar di bawah.
BACA: “Ayah jual motor nak bayar yuran pengajian” – Pelajar Luah Rasa Kecewa Dengan Keputusan KPT