in

“Haritu Corona dgn Lockdown” – Pasangan di India Beri Anak Nama ‘Sanitiser’ Sempena Pandemik Covid-19

Anak Sanitiser

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tengah musim pandemik Covid-19 ni macam-macam berita kita baca yang buat kita geleng kepala kan? Contohnya, sebelum ni ada pasangan di India namakan anak mereka Corona dan ada juga yang namakan Lockdown.

Kali ni, sepasang suami isteri dari wilayah Saharanpur di Uttar Pradesh, India sepakat untuk menamakan bayi lelaki mereka yang baru dilahirkan, Sanitiser.


Menurut India Today, mereka memberikan nama itu kerana ianya mudah diingati disebabkan kini sanitiser menjadi keperluan ramai orang.

Sanitiser

Bapa bayi itu, Omveer berkata dia dan isterinya berasa sangat kagum dengan tindakan yang diambil Perdana Menteri India serta Ketua Menteri Uttar Pradesh dalam menangani wabak ini.

“Menggunakan cecair pembasmi kuman (sanitiser) sangat penting untuk memastikan diri kita selamat daripada Covid-19.”

“Saya dan isteri sangat kagum dengan langkah diambil Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dalam melawan wabak ini.”

“Oleh itu, kami sepakat memberi anak kami nama Sanitiser. Apatah lagi, ia digunakan setiap orang ketika ini bagi mengelak penularan kuman di tangan kita.”

Sanitiser3

Sanitiser kini banyak dibekalkan secara percuma kepada mereka yang memerlukan di seluruh India dalam usaha kerajaan untuk memastikan semua orang kekal selamat daripada jangkitan.

Baca: “Unik gila nama anak dia” – Petani Di India Namakan Anak ‘Lock Down’ Sempena Mengingati Peristiwa Berkurung

Untitled Design 4 3

Sumber: India Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.