in

“Hari-hari masuk TV” – Owner Rumah Tergamak Ambil Kesempatan Guna Kes Adik Zayn Naikkan Harga Jual Unit

Ft Apartment Idaman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi pilu yang menimpa adik Zayn Rayyan ini sudah semestinya membuatkan seluruh rakyat Malaysia turut berduka cita. Anak istimewa yang tak bersalah ini telah menjadi korban insan yang tak berhati perut.

Namun begitu, masih ada segelintir golongan yang tak sensitif dengan isu ini dan ambil kesempatan untuk kesenangan diri.


Artikel Berkaitan : Kes Adik Zayn : Polis Temui Petunjuk, Seorang Individu Kini Jadi ‘Target’ 

Artikel Berkaitan : “Tiada sebarang unsur penderaan pada tubuhnya” – Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera

406833420 7178932942126854 3191436519019494573 N

Azie Nawawi merupakan individu yang menyaksikan sikap ‘tamak’ yang dilakukan golongan tersebut, menerusi Facebook miliknya dia menerima satu senarai jualan rumah daripada kenalannya.

Individu tersebut mahu menjual sebuah unit di Apartment Idaman, Damansara Damai dengan harga RM 168,000. Menurutnya, pemilik rumah yang berada di tingkat ‘Ground Floor’ itu mahu menjual rumahnya dalam keadaan ‘urgent’.

Sebagi info, Apartment Idaman adalah tempat yang sama di mana keluarga adik Zayn menetap. Nak dipendekkan cerita, ada orang berminat nak beli, namun ketika ingin melihat rumah tersebut, pemilik rumah tiba-tiba naikkan harga kepada RM 200,000.

“Dia kata sebab apartment ni dah femes sekarang. Hari-hari masuk TV. Semua orang kenal. Kena lah up harga. Allahu.”

Biarpun terkejut dengan kenyataan tuan rumah yang ‘menangguk di air keruh’ ini, Azie selaku orang tengah hanya turutkan sahaja kerana tergamam dengan sikap pemilik rumah terbabit.

Namun begitu, Azie menjelaskan bahawa bakal pembeli itu telah mambatalkan hasrat untuk melihat rumah tersebut kerana keputusan tuan rumah itu.

Haihh, teruknya perangai, apa pun sama-sama kita doakan agar nasib Adik Zayn terbela dan sedekahkan Al-fatihah buatnya.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.