in

“Hari-hari boleh main dengan panda”- Pengasuh Panda Jadi Pekerjaan Paling Diingini Di China

F1 Panda Nanny

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika di Malaysia, ramai yang berebut nak bekerja sebagai penjawat awam kerana kestabilan gaji, namun di China pula, ramai rakyat mereka yang berebut nak bekerja sebagai pengasuh panda di zoo!

Berdasarkan sebuah video yang dikongsikan di YouTube, pekerjaan sebagai panda nanny atau pengasuh panda menjadi rebutan ramai di negara itu kerana skop pekerjaan itu memerlukan mereka untuk bermain sepanjang hari dengan panda.


1

Pekerjaan itu diibaratkan seperti anda dibayar gaji untuk bermain dengan panda, jadi, untuk pencinta haiwan, skop pekerjaan itu dianggap tidak begitu susah.

Dah la gelagat panda ni comel tau! 

Namun, difahamkan, disebabkan gelagat panda yang sangat hiperaktif, ia juga membuatkan tugasan menjaga panda agak sulit

Ini kerana panda-panda gemar memanjat dan belakang tubuh manusia pun dipanjatnya jugak. 

2

Selain itu, panda juga dikatakan seekor haiwan yang manja, kadang-kadang nakal dan clingy seperti kanak-kanak, jadi apabila pekerja masuk sahaja ke dalam kawasan kandang mereka, memang sukar nak keluar balik sebab ada je gelagat panda ni.

Korang boleh tonton video yang dikongsikan di YouTube Shorts khoven ini.

Selain itu, korang boleh tonton juga video a day in the life of a panda nanny di BBC ini.

Menurut Chunhua Liu yang merupakan panda nanny di China Panda Protection Centre, pengunjung hanya nampak sisi comel panda sahaja namun realitinya, sebagai pekerja di situ, dia pernah dicakar oleh panda ketika memeluk haiwan itu.

So, pencinta haiwan, korang teringin tak nak kerja jadi panda nanny ni? 

Sumber: YouTube, BBC

Baca: “Hari-hari boleh main dengan panda”- Pengasuh Panda Jadi Pekerjaan Paling Dimahukan Orang Ramai Di China

Ft Baby Panda

Sumber: BBC
Sumber: Quora

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.