in

“Hari-hari abah tunggu kat office nak lunch sekali”- [VIDEO] Perkongsian Gadis Ini Buat Ramai Sebak

fi abah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cinta pertama bagi kebanyakan anak perempuan; ayah. Dari kecil sampai ke besar, ayah lah yang akan menjadi hero, idola dan tempat berlindung setiap anaknya.

Bila berlaku sesuatu, mesti dia akan jadi orang pertama yang risau selepas ibu. Kalau ada berita gembira pula, satu kampung dia cerita bangga dengan anaknya!


Seperti gadis ini, melalui laman TikTok miliknya, dia berkongsikan moment terindah bersama abahnya yang telah berjaya membuat ramai sebak melihatnya.

@triplea201911

hari2 tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch skali❤️

♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi

Melalui video berdurasi 22 saat itu, saudari Wahida ini telah berkongsikan video rakaman abahnya yang dikatakan tanpa jemu menunggunya setiap hari di tangga berdekatan office tempat kerjanya untuk menemaninya setiap waktu makan tengah hari.

Video tersebut telah berjaya meraih tontonan sebanyak 1 juta penonton dan 146.3 ribu like! Rata-rata komen yang diterima pula kebanyakannya terharu dan sebak melihat gelagat anak-beranak ini yang boleh dikatakan sangat sweet. Kalah orang bercinta!

komen abah

Ada juga yang komen “jangan excuse lunch dengan ayah demi kawan ya”, namun kata Wahida rakan-rakannya sangat memahami rutin hariannya serta dah terbiasa melihat abahnya itu menunggu setiap kali turun dari office. Mereka siap suruh abah makan makan sekali ramai-ramai lagi!

Untung saudari Wahida ni…bukan sahaja dapat abah ‘terpaling’ sweet, tapi dapat kawan-kawan pun yang sangat lah memahami. Yalah…bukannya buat benda tak baik, bahagiakan ibu bapa dengan luangkan masa yang ada bersama tu semua saham akhirat!

Baca: 24 Kesalahan Di Kelantan Ini Boleh Dihukum Penjara Sehingga 3 Tahun Termasuk Derhaka Kepada Ibu Bapa

baca abah

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.