in

Harga RM 219 Semeter, Kain Kafan Tenun Untuk Golongan Bangsawan

f2 kain kafan tenun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang tidak menyangka bahawa kain tenun secantik ini merupakan kain kafan. Namun, kain kafan tenun atau tope yang berasal dari Jeneponton, Sulawesi Selatan, Indonesia digunakan untuk membalut jenazah.

Menurut Suara.com, kain tope itu pada waktu dahulu memang digunakan untuk membalut jenazah golongan bangsawan.


Walau bagaimanapun, disebabkan ianya mahal, penduduk setempat mula beralih kepada penggunaan kain kafan putih biasa.

Kini, kain kafan tenun atau tope ini dijual di pasaran namun kini digunakan untuk membuat selendang, beg, kipas dan baju.

3 1

Kain kafan tenun itu mahal harganya, boleh mencecah hingga 1.7 juta Rupiah (RM498).

Kain tenun berkenaan telah mendapat perhatian ramai ketika dijual di Inacraft 2023 iaitu pameran kraf tangan Indonesia di Jakarta Convention Center.

Semeter kain ini pula boleh mencecah harga 750 ribu Rupiah (kira-kira RM219).

Kini, kain tersebut juga semakin menjadi pilihan para pereka fesyen di negara seberang untuk digunakan dalam pembuatan busana wanita.

Difahamkan, harganya mahal kerana ia diperbuat daripada kapas asli yang dipintal menjadi benang.

Setiap kain juga memerlukan tempoh lebih kurang dua bulan untuk disiapkan.

Peniaga kain kafan atau tope di pameran kraf tangan tersebut, Suryani mengatakan dia mahu mengembalikan semula kegemilangan kain tenun berkenaan kerana ramai masyarakat Indonesia sendiri tak tahu bahawa wilayah Jeneponton mempunyai tradisi kain kafan tenun ini.

Tapi memang cantik kain ni, sesuai kalau buat jadi selendang kan. 

Baca: Remaja Dikafan AJK Masjid Gara-gara Curi Tabung Masjid, Siap Diminta Ambil Wuduk Dulu

cover 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.