Seorang pempengaruh menunjukkan kehidupan mewahnya apabila dia paparkan dirinya sedang makan di sebuah restoran stik yang dikenali oleh chef popular yang pernah menjadi tumpuan di media sosial iaitu Chef ‘Salt Bae’.
Dalam video menunjukkan dia dan beberapa individu lain menikmati daging tersebut dan sempat memanggil chef terkenal itu untuk bantu menghidangkan menu daging yang bersalut dengan emas tersebut.
Artikel berkatian : Chef ‘Salt Bae’ Dikecam Selepas Hanya Bagi Masa 30 Minit Kepada Pelanggan Untuk Makan!
Artikel berkaitan : [VIDEO] Aeril Zafrel Habiskan RM10,000 Makan Stik Mewah, Seronok Tengok Aksi ‘Salt Bae’
Dipenghujung video, jumlah bil yang dikenakan semuanya berjumlah RM 13,000 dan menurutnya caj mahal yang dikenakan itu salah satu penyebabnya adalah kerana meminta chef tersebut hidangkan kepada mereka.
Makan daging harga RM 13k, nampak la muka tu berubah bila tengok bil 😨
📹daddymin89 pic.twitter.com/AWkrHIHqI0
— 🇲🇾 (@localrkyt) November 24, 2024
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen di X, ramai netizentak impressed melihatnya kerana makanan di situ agak overrated dan rasanya didakwa tidak sedap
Bahkan ada juga yang anggap itu adalah hak mereka untuk menikmati hidangan tersebut kerana mereka mampu. Dalam pada itu ada juga yang turut menegur mengenai hukum hakam jika memakan dan minum daripada emas.
Mungkin sekali sekala sahaja nak merasa nikmat sebegitu dalam hidup mereka, apa salahnya kan? Kalau selalu tu yang nampak membazir, kita husnuzon je lah.
Sumber : X